Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > Kompleks Kesejahteraan Keluarga > Pengenalan
PENGENALAN
Pejabat LPPKN Negeri Selangor yang bertempat di Shah Alam telah dipilih sebagai Kompleks Kesejahteraan Keluarga yang pertama di Malaysia. Pelbagai program dan aktiviti sedia ada dan baru yang menggambarkan fungsi dan peranannya sebagai Kompleks Kesejahteraan Keluarga telah diatur dan dilaksanakan dan telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan.
OBJEKTIF DAN FUNGSI
Objektif
Tujuan utama penubuhan Kompleks Kesejahteraan Keluarga adalah bagi menyumbang ke arah pembentukan individu, keluarga dan masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti, mesra pengguna dan berkesan.

Fungsi
Melaksanakan program pembangunan keluarga menerusi kursus dan aktiviti yang boleh meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran dalam aspek keibubapaan dan kekeluargaan. Melaksanakan program dan aktiviti reproduksi manusia melalui perkhidmatan klinikal dan kaunseling kepada kumpulan sasar.
Menyediakan program advokasi, promosi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Bertindak sebagai focal point untuk program pembangunan keluarga di peringkat negeri, dan bekerjasama dengan exco negeri yang bertanggungjawab kepada isu wanita dan keluarga. Menyediakan satu pusat sumber bagi membantu pihak berkenaan mendapat maklumat mengenai kependudukan, keluarga dan reproduksi manusia.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010