Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > Klinik Bergerak
Perkhidmatan Klinik Bergerak LPPKN
Bas ini merupakan sebuah bas yang telah direka khas untuk dijadikan klinik bergerak. Perkhidmatan klinik bergerak ini bertujuan untuk memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada wanita dan lelaki dewasa di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan ini. Langkah ini merupakan keperhatinan Kementerian untuk menjaga kebajikan keluarga terutama sekali dari segi penjagaan kesihatan reproduktif.
Buat masa ini hanya satu bas sahaja yang sedang beroperasi dan ianya ditempatkan di bawah LPPKN Wilayah Persekutuan. Lima buah bas sedang dibina dan akan dibekalkan ke negeri negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Dengan kemudahan perkhidmatan klinik bergerak LPPKN ini, adalah diharapkan semua ahli keluarga dapat mengambil peluang untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan tanpa merasa ragu atau malu. Program ini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan tanpa perlu datang ke klinik dan seterusnya meningkatkan status kesihatan mereka.

Antara perkhimatan yang disediakan adalah perancang keluarga, khidmat nasihat reproduktif, saringan kesihatan seperti tekanan darah, indeks jisim badan, ujian glukos dan kolesterol, periksaan payudara, tunjuk ajar pemeriksaan payudara, ujian pap smear dan pendaftaran program subsidi mammogram.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010