Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2



Laman Web Rasmi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara - Face

BENGKEL PENGURUSAN KOMUNITI FASILITATOR KELUARGA FACE ZON SELATAN 2019

AYER KEROH, 29 April 2019 - LPPKN Negeri Melaka dengan kerjasama LPPKN dari Negeri Sembilan serta Johor telah bersama-sama menjayakan satu Program khusus buat Fasilitator Keluarga yang telah di lantik bagi mewakili kawasan mereka. Fasilitator yang hadir dari Melaka termasuk Negeri Sembilan dan juga Johor adalah seramai 37 orang. Bengkel ini telah dirasmikan oleh En Adzhar bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan LPPKN. Turut hadir Pengarah LPPKN Negeri Melaka, Encik Nor Azman Mohd Noor serta Pengarah daripada LPPKN Negeri Sembilan, Puan Bibi Azlilee Abdullah.

Para peserta bergambar bersama fasilitator dan juga urusetia yang terlibat di dalam Bengkel Pengurusan Komuniti Fasilitator Keluarga Program FACE 2019 peringkat Zon Selatan.

Mereka ini dilatih tentang bagaimana untuk mengenalpasti potensi yang ada di kampung mereka untuk dibangunkan. Melalui bantuan daripada pelbagai agensi dan jabatan berkaitan, setiap kampung yang berpotensi akan dapat dibangunkan dan setiap masalah yang dikenalpasti akan dapat di atasi dan isu-isu berbangkit juga akan diselesaikan dengan berkesan. Pihak LPPKN berharap dengan adanya bengkel-bengkel seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara LPPKN dan masyarakat komuniti setempat serta memperkenalkan lagi LPPKN di mata rakyat.

SAMBUTAN HARI KELUARGA ANTARABANGSA BERSAMA KOMUNITI FACE BUKIT KATIL

BUKIT KATIL,13 Julai 2019 - MPKK Bukit Katil dan Japerun Bukit Katil dengan kerjasama LPPKN Negeri Melaka telah mengadakan program Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa (HKA) 2019 bersama Komuniti FACE Bukit Katil bertempat di Dewan Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada institusi keluarga dalam pembangunan negara mengenai usaha menangani perubahan iklim dalam kehidupan seharian serta tanggungjawab dalam memelihara alam sekitar.

Antara pengisian program yang dijalankan adalah sesi ceramah mengenai bagaimana menangani perubahan iklim dalam kehidupan seharian serta tanggungjawab kita sebagai masyarakat dalam memelihara alam sekitar yang kini dilihat semakin membinbangkan. Dengan adanya program sebegini, masyarakat dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mengenai alam sekitar melalui ceramah-ceramah yang disampaikan oleh agensi yang terlibat seperti SWCorp, Jabatan Meteorologi dan Perbadanan Teknologi Hijau.

Selain penduduk kawasan sekitar, turut hadir bersama-sama menjayakan program ini adalah pelajar dari Universitas Syeikh Abdurrauf As-Singkili, Indonesia dan beberapa pelajar dari Universiti Malaya. Program telah dirasmikan oleh Datuk Haji Bakrin, Pengerusi Japerun Bukit Katil.