Soalan Lazim Manual Pengguna Peta Laman  |  Bahasa :  Melayu /  English Version

Mama Care

perkhidmatan selepas bersalin

PERKHIDMATAN KAUNSELING PERKAHWINAN DAN KELUARGA

KAUNSELING PERKAHWINAN

  • Kaunseling perkahwinan merupakan sejenis psikoterapi untuk pasangan yang berkahwin. Kaunseling ini melibatkan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri yang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perhubungan mereka. Kaunseling perkahwinan juga membantu pasangan suami isteri untuk mengurus atau menangani masalah mereka dengan cara yang lebih efektif agar mereka dapat menghindarkan masalah kecil daripada menjadi besar dan serius.
  • Dalam proses kaunseling keluarga dan perkahwinan, biasanya kaunselor memberikan fokus kepada peranan, corak perhubungan, matlamat yang ingin dicapai oleh ahli keluarga atau perkahwinan pasangan (klien) yang terlibat. Kaunselor membantu klien menilai aspek positif dan negatif perhubungan mereka dan membantu mereka memahami bahawa dalam isu keluarga atau perkahwinan, ahli keluarga atau pasangan suami dan isteri menyumbang kepada pembentukan dan penyelesaian masalah. Justeru, mereka perlu belajar untuk memahami, mengubah corak berinteraksi dan mengamalkan pendekatan yang lebih berkesan bagi menangani masalah mereka.


KAUNSELING KELUARGA
Kaunseling keluarga ialah satu teknik psiko terapuetik untuk meneroka dan mengubah masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi" Goldenberg dan Goldenberg (2002 : 133).

Dalam proses kaunseling ahli-ahli keluarga dibantu untuk memperbaiki perhubungan mereka antara satu sama lain. Perubahan yang berlaku akan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan ahli-ahli keluarga. Semasa proses kaunseling juga, ahli-ahli keluarga berhadapan dengan konflik dan dibantu untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi secara produktif supaya ke dua-dua individu dan keluarga berkembang, sejahtera dan 'subur'.



WAKTU PERKHIDMATAN

ISNIN - KHAMIS
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAHARI
2.00 PETANG HINGGA 5.00 PETANG

 

JUMAAT
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.15 TENGAHARI
2.45 PETANG HINGGA 5.00 PETANG


Temujanji boleh dibuat melalui:

TEL : 03-26937555 Samb. 2162, 2164
FAKS : 03-26945458

PUSAT REMAJA KAFE@TEEN

LATAR BELAKANG

Pusat Remaja serba moden dan mesra remaja yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi tujuan membantu remaja berumur 13 hingga 24 tahun melalui alam remaja dengan selesa dan tanpa ragu-ragu.

Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ memulakan perkhidmatan pada bulan November 2005 di Pacific Megamall, Butterworth dan Ibu Pejabat LPPKN Kuala Lumpur. Pusat Remaja yang terbaru telah ditubuhkan di Pusat Komuniti Lembah Pantai pada 7 Julai 2007.

Setiap remaja yang ingin menggunakan kemudahan dan perkhidmatan Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ hendaklah mendaftar sebagai ahli Sahabat ‘kafe@TEEN’. Jumlah ahli Sahabat ‘kafe@TEEN’ bagi tiga pusat remaja dari mula dibuka sehingga Disember 2008 ialah seramai 20,380 orang remaja.

Waktu operasi Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ ialah pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00petang, kecuali ‘kafe@TEEN’ Ibu Pejabat yang beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma


OBJEKTIF

Meningkatkan tahap kesihatan remaja dari aspek fizikal, mental dan sosial;

Menyemai nilai-nilai murni remaja terhadap perkembangan kesihatan diri dan sosial; dan

Menyemai sikap-sikap positif remaja terhadap perkembangan kesihatan diri dan sosial, fizikal dan mental.


FUNGSI

Membantu remaja menempuhi alam remaja dengan selesa dan tanpa ragu-ragu;

Menyediakan khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja;

Memberi peluang remaja berkenalan dengan rakan-rakan serta berkongsi pengalaman dan idea-idea baru; dan

Memperkasakan remaja melalui bimbingan dan pendidikan.

KOMPONEN-KOMPONEN PUSAT REMAJA KAFE@TEEN

Antara-antara komponen Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ adalah seperti berikut:

    • Perkhidmatan Kesihatan Remaja
    • Khidmat Kaunselor
    • Aktiviti Pendidikan dan Skill Building

Fungsi-fungsi komponen-komponen tersebut adalah seperti berikut:

a. Perkhidmatan Kesihatan Remaja

  • Perkhidmatan ini disediakan untuk memberi khidmat nasihat bagi masalah yang merangkumi aspek kesihatan reproduktif, pengurusan berat badan, masalah mental, dermatologi dan berhenti merokok.
  • Sesi klinikal bersama doktor dijalankan dua kali setiap minggu dan dibantu oleh jururawat LPPKN.
  • Borang Saringan Kesihatan Remaja digunakan sebagai instrumen untuk mengenal pasti remaja yang mempunyai masalah kesihatan.


b. Khidmat Kaunselor

  • Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu remaja dalam mengenali potensi diri, personaliti, kemahiran, keupayaan dan potensi diri dari aspek emosi, kognitif dan tingkah laku.
  • Memberi khidmat nasihat berkenaan masalah peribadi, konflik dalam diri, konflik rakan sebaya dan masalah pelajaran. Ia dijalankan secara individu atau kelompok. Sesi kaunseling dijalankan dua kali setiap minggu oleh kaunselor LPPKN.


 c. Aktiviti Pendidikan dan Skill Building

  • Aktiviti dijalankan dalam bentuk Teen Talk, Teen Chat, ceramah dan bengkel yang merangkumi aspek kemahiran remaja dan kesihatan reproduktif.
  • Aktiviti pendidikan ini dijalankan oleh pakar-pakar dan Teen Educator yang membincangkan mengenai seksualiti remaja, pemakanan sihat remaja, pembangunan jati diri remaja dan isu-isu sosial remaja.


Selain itu, Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ juga mengadakan aktiviti-aktiviti sampingan seperti aktiviti rekreasi, senamrobik, sukan dan lain-lain bagi mengisi masa lapang remaja.

PUSAT KELUARGA LPPKN

PENGENALAN
Pejabat LPPKN Negeri Selangor yang bertempat di Shah Alam telah dipilih sebagai Pusat Keluarga LPPKN yang pertama di Malaysia. Pelbagai program dan aktiviti sedia ada dan baru yang menggambarkan fungsi dan peranannya sebagai Pusat Keluarga LPPKN telah diatur dan dilaksanakan dan telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan.

OBJEKTIF PUSAT KELUARGA LPPKN
Tujuan utama penubuhan Pusat Keluarga LPPKN adalah bagi menyumbang ke arah pembentukan individu, keluarga dan masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti, mesra pengguna dan berkesan.

FUNGSI PUSAT KELUARGA LPPKN

Antara fungsi Pusat Keluarga LPPKN adalah seperti berikut :

  • Melaksanakan program pembangunan keluarga menerusi kursus dan aktiviti yang boleh meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran dalam aspek keibubapaan dan kekeluargaan.
  • Melaksanakan program dan aktiviti reproduksi manusia melalui perkhidmatan klinikal dan kaunseling kepada kumpulan sasar.
  • Menyediakan program advokasi, promosi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia. Bertindak sebagai focal point untuk program pembangunan keluarga di peringkat negeri, dan bekerjasama dengan exco negeri yang bertanggungjawab kepada isu wanita dan keluarga. Menyediakan satu pusat sumber bagi membantu pihak berkenaan mendapat maklumat mengenai kependudukan, keluarga dan reproduksi manusia.

PERKHIDMATAN KLINIKAL

PENGENALAN
Program Reproduksi Manusia merupakan salah satu program teras LPPKN yang memberikan perkhidmatan Kesihatan Reproduktif kepada orang ramai. Ini meliputi kumpulan sasar utama iaitu wanita, lelaki dan remaja. Penyampaian perkhidmatan Kesihatan Reproduktif di salurkan melalui 58 klinik Nur Sejahtera di 15 buah negeri sekarang.


JENIS PERKHIDMATAN KLINIKAL

  • Pengurusan Perancang Keluarga
  • Pengurusan Saringan Kesejahteraan
  • Ujian Pap Smear
  • Rawatan Subfertiliti (Johor, Ipoh & Selangor Sahaja)
  • Pemeriksaan Testis
  • Perkhidmatan Andrologi (Ibu Pejabat LPPKN, Johor & Ipoh Sahaja)
  • Saringan Penyakit Jangkitan Seksual
  • Latihan Amali Kesihatan Reproduktif
  • Pemeriksaan Payudara

 

PERKHIDMATAN MAKMAL

Sitologi

  • Saringan kanser pangkal rahim


Mikrobiologi

  • Ujian kultur & kepekaan untuk Urin, HVS & Air mani
  • Ujian Hepatitis B (Ag & Ab)
  • Ujian HIV (Ag)
  • Ujian Makmal Rujukan Penyakit Veneral (VDRL)
  • FEME & Kultur swab vagina tinggi dan kepekaannya


Endokrinologi

  • Hormon Perangsang Folikel
  • Hormon Peluteinan
  • Hormon Prolaktin
  • Hormon Progesterone
  • Hormon Estradiol
  • Hormon Testosterone
  • Hormon Gonadotrofin korion beta manusia (B- HCG)


Genetik

  • Analisa Kromosom Darah

 

Andrologi

  • Analisa Semen

 

Embriologi

  • IUI (Intrautering Insemination)


ART

  • IVF (In-Vitro Fertilization)
  • ICSI (Intra Cytoplasmic Sperm Injection)
  • Cryopreservation for sperm & Embryo

Biokimia/Hematologi

  • Ujian Glukosa Darah
  • Ujian Tolerans Glukosa (GTT)
  • Ujian Kolesterol Darah
  • Ujian Profil Lipid
  • Ujian Albumin & Gula Air Kencing
  • Ujian Pemeriksaan Penuh Air Kencing Mikroskopik
  • Ujian Kehamilan
  • Anggaran Hemoglobin
  • Kiraan Penuh Darah (FBC)
  • Kumpulan Darah (ABO & kumpulan Rhesus)


PERKHIDMATAN KEMASYARAKATAN

  • Khidmat Masyarakat
  • Unit Bergerak LPPKN
  • Talian Khidmat Pelanggan Kesihatan Reproduktif (Tel : 03-26938877)


SUBSIDI MAMOGRAM
Pendaftaran kes yang layak untuk Program Subsidi Mamogram
Hubungi : 03-26937555 samb. 3002/3005

Dasar Privasi & Keselamatan
© Hakcipta 2013, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
 
PENAFIAN
LPPKN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox 3.5.8 Mozilla Firefox dan Internet Explorer 8 Internet Explorer dengan resolusi 1024 x 768.
 
  • Dikemaskini pada : 15 April 2014.
Find us on Facebook
Follow Us
LPPKN Versi Mobile