Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Keluarga@Kerja

PENGENALAN
LPPKN membangunkan kursus Keluarga@Kerja (Parenting@Work) bagi membantu ibubapa menyiapkan diri serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan keluarga yang berilmu, hidup dalam suasana mesra, berkasih sayang dan harmoni.  Melalui kursus Keluarga@Kerja (Parenting@Work) ibubapa berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya serta memperolehi pengetahuan dan kemahiran keibubapaan.



OBJEKTIF KURSUS

  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibu bapa dan pekerja; dan
  • Memberi kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (family life cycle).

SINOPSIS KURSUS
Tempoh Kursus : 1 Hari

KONSEP PROGRAM

LPPKN akan mengendalikan program ini di tempat kerja agensi Kerajaan dan Swasta yang memohon.  Agensi yang memohon akan menyediakan dewan kursus, peserta dan makan minum peserta.

AGENSI PELAKSANA

  • Ibu Pejabat LPPKN.
  • 15 Pejabat Pentadbiran LPPKN Negeri

PERMOHONAN PELAKSANA
Majikan yang berminat boleh memohon kepada LPPKN melalui saluran berikut ;

  • Ibu Pejabat LPPKN
  • 15 Pejabat Pentadbiran LPPKN Negeri
  • Portal Rasmi LPPKN

ATURCARA KURSUS
Sesi 1 : Kenali Fitrah (Understanding Human Nature)
Sesi 2 : Satu Badan Banyak "Topi"
Sesi 3 : Kebapaan & Keibuan (Fathering & Mothering)
Sesi 4 : Keibubapaan Kreatif
Sesi 5 : Pengurusan Tekanan/Stres & Daya Tindak.

HUBUNGI KAMI
Urusetia Keluarga@Kerja
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Bangunan LPPKN
No.12B, Jalan Raja Laut
50250 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-2693 7555
Faks : 03-2695 5458