Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Kaunseling Keluarga & Perkahwinan

KAUNSELING PERKAHWINAN

Kaunseling perkahwinan merupakan sejenis psikoterapi untuk pasangan yang berkahwin. Kaunseling ini melibatkan satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri yang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perhubungan mereka. Kaunseling perkahwinan juga membantu pasangan suami isteri untuk mengurus atau menangani masalah mereka dengan cara yang lebih efektif agar mereka dapat menghindarkan masalah kecil daripada menjadi besar dan serius.
    
Dalam proses kaunseling keluarga dan perkahwinan, biasanya kaunselor memberikan fokus kepada peranan, corak perhubungan, matlamat yang ingin dicapai oleh ahli keluarga atau perkahwinan pasangan (klien) yang terlibat. Kaunselor membantu klien menilai aspek positif dan negatif perhubungan mereka dan membantu mereka memahami bahawa dalam isu keluarga atau perkahwinan, ahli keluarga atau pasangan suami dan isteri menyumbang kepada pembentukan dan penyelesaian masalah. Justeru, mereka perlu belajar untuk memahami, mengubah corak berinteraksi dan mengamalkan pendekatan yang lebih berkesan bagi menangani masalah mereka.


KAUNSELING KELUARGA

Kaunseling keluarga ialah satu teknik psiko terapuetik untuk meneroka dan mengubah masalah emosi masa kini yang saling berkait dalam sesebuah sistem keluarga dengan membantu ahli-ahli di dalam sistem keluarga itu mengubah corak interaksi mereka yang tidak berfungsi" Goldenberg dan Goldenberg (2002 : 133).

Dalam proses kaunseling ahli-ahli keluarga dibantu untuk memperbaiki perhubungan mereka antara satu sama lain. Perubahan yang berlaku akan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan ahli-ahli keluarga. Semasa proses kaunseling juga, ahli-ahli keluarga berhadapan dengan konflik dan dibantu untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi secara produktif supaya ke dua-dua individu dan keluarga berkembang, sejahtera dan 'subur'.


WAKTU PERKHIDMATAN

ISNIN - KHAMIS
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
  : 2.00 petang - 5.00 petang
JUMAAT
Masa : 8.00 pagi - 12.15 tengahari
  : 2.45 petang - 5.00 petang
TEMUJANJI BOLEH DIBUAT MELALUI
TEL : 03-26937555 Samb. 2162, 2164
FAKS : 03-26945458
EMEL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.