Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA


Pendidikan Kekeluargaan@LPPKN

PENGENALAN

LPPKN mengadakan kursus pembangunan keluarga secara bersiri semenjak tahun 2002. Pada tahun 2006, Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga telah diberi penjenamaan baru (repackaging and rebranding) iaitu Kursus "Ilmu Keluarga@LPPKN". Kursus ini kemudiannya diadakan sebulan sekali secara bulanan iaitu sebanyak 11 kali setahun di LPPKN bagi mempromosikan fungsi LPPKN kepada masyarakat.

Pada tahun 2008, kursus ini telah memfokus kepada tema berasaskan Pakej Modul Pakej KASIH. Ini bertujuan untuk mempromosikan pakej pendidikan keibubapaan mengikut kitaran hidup keluarga serta lebih memfokus kepada komponen keibubapaan mengikut kumpulan sasar yang bersesuaian.

OBJEKTIF KURSUS

  • Menyebarkan pendidikan mengenai pembangunan keluarga agar masyarakat dapat menambah maklumat berkaitan kemahiran keibubapaan, persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga serta pembangunan remaja;
  • Menggalakkan masyarakat mengamalkan sikap dan amalan positif dalam menguruskan hidup berkeluarga;
  • Mempromosikan kesedaran masyarakat bagi meningkatkan kemahiran keibubapaan melalui proses pembelajaran dan peningkatan kemahiran.


SINOPSIS KURSUS

  • Penceramah LPPKN, Penceramah luar yang berkelayakan dan berpengalaman serta pakar akademik.
  • RM30.00 seorang (berdasarkan cadangan Peraturan Fi dan Caj); akta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, 2006). Sijil kehadiran, bahan kursus dan refreshment disediakan.
  • Ceramah, latihan dalam kumpulan menggunakan alat bantuan mengajar seperti persembahan PowerPoint, video dan sesi soal jawab.
  • Dewan, bilik latihan atau auditorium
  • Aturan tempat duduk bagi peserta 40 - 100 orang dalam bentuk bersesuaian seperti berikut :
    • Classroom style dengan meja dan kerusi atau;
    • Teater style dengan kerusi sahaja.

ATURCARA

 MASA  ATURCARA
8.00 pagi - 09.00 pagi Pendaftaran Peserta
9.00 pagi - 11.00 pagi Taklimat Kursus
11.00 pagi - 1.00 tengahari Slot Ceramah 1
1.00 tengahari - 2.00 petang Slot Ceramah 2
2.15 petang - 4.15 petang Makan Tengahari
4.15 petang - 4.30 petang Slot Ceramah 3, Penilaian Kursus, Penyampaian Sijil, Bersurai
 
HUBUNGI KAMI
Urusetia Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Bangunan LPPKN,
No.12B, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
TEL : 03-26937555   EMEL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.