Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA


Modul SMARTSTART

smartstart
PENGENALAN

Setiap pasangan yang merancang untuk berkahwin perlu meningkatkan persediaan diri untuk berkahwin dan mendirikan rumahtangga yang harmoni. Justeru, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) melaksanakan Program Praperkahwinan SMARTSTART kepada pasangan yang akan berkahwin dan baru berkahwin (umur perkahwinan 5 tahun dan ke bawah) melalui empat bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Modul ini dibangunkan bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang baru serta yang akan berkahwin tentang pelbagai aspek perkahwinan dan keibubapaan bagi memberi sokongan psikososial kepada mereka menempuhi alam perkahwinan dan berumah tangga dengan sejahtera.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran persediaan awal alam perkahwinan.
  • Membantu persediaan mental dan pembinaan sikap positif.
  • Menyediakan platform yang selamat kepada pasangan untuk memahami dan mengenali diri sendiri serta pasangan.


KUMPULAN SASAR

  • Pasangan baru berkahwin (di bawah 5 tahun perkahwinan) dan pasangan yang bakal atau merancang mendirikan rumahtangga.
  • Berbilang bangsa – Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa.
  • Maksimum 25 pasangan diperlukan dalam satu kursus bagi membolehkan pasangan berinteraksi dengan lebih baik dan mendapat manfaat dari kursus ini

KANDUNGAN PROGRAM

Kursus ini mempunyai 7 sesi seperti berikut :

Sesi 1 : Mengenali Dirimu
Sesi 2 : Meneroka Harapan Kita
Sesi 3 : Menangani Konflik dan Cabaran
Sesi 4 : Ingat! Luahkan Perasaan Anda
Sesi 5 : Membina Kemesraan Seksual
Sesi 6 : Mengurus Sumber Keluarga
Sesi 7 : Undang-Undang Keluarga


BAHAN PEMBELAJARAN

Pasangan akan dibekalkan dengan buku kerja berdasarkan aktiviti setiap sesi dan buku panduan untuk pasangan baru
dan akan berkahwin. Buku panduan ini mengandungi bab seperti berikut :

Bab 1 : Persediaan Perkahwinan
Bab 2 : Perkahwinan
Bab 3 : Kesihatan Keluarga
Bab 4 : Kehamilan dan Kelahiran Cahaya Mata
Bab 5 : Alam Keibubapaan
Bab 6 : Menguruskan Sumber-Sumber Keluarga
Bab 7 : Menangani Tekanan dan Konflik
Bab 8 : Undang-Undang Keluarga
Bab 9 : Maklumat Keluarga

LAIN-LAIN

Senarai semak untuk bakal pengantin

  • Ikrar cinta

Tempuh kursus

  • 2 hari


AGENSI PELAKSANA


NGO dan Badan Agama yang berminat memohon geran bantuan pelaksanaan boleh memohon kepada LPPKN melalui saluran berikut:

  • Ibu pejabat LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
  • Pejabat Pentadbiran LPPKN Negeri
  • Portal LPPKN (SMARTSTART)


GERAN BANTUAN


Geran bantuan pelaksanaan praperkahwinan SMARTSTART NGO

  1. NGO akan diperuntukkan bantuan kewangan sejumlah RM 8,000 setiap program bagi pelaksanaan di Semenanjung Malaysia dan RM 9,000 setiap program bagi   pelaksanaan di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.
  2. Setiap NGO dibenarkan memohon untuk pelaksanaan sehingga 3 program bagi setiap permohonan.
  3. NGO perlu mendapatkan pasangan minimum 20 pasangan bagi setiap program atau maksimum 25 pasangan.


PERMOHONAN PESERTA


Peserta yang berminat boleh menghubungi dan mendaftarkan diri dan pasangan kepada LPPKN atau NGO yang dikenalpasti menganjurkan kursus ini.

BAYARAN PENYERTAAN

Bayaran sebanyak RM 50.00 dikenakan bagi setiap pasangan yang dikutip oleh pihak penganjur sama ada NGO atau LPPKN

TESTIMONI


Bermula dari Ogos 2006 hingga Disember 2008, sejumlah 201 program Kursus Praperkahwinan SMARTSTART telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 6,640 peserta (3,226 lelaki: 3,414 perempuan) di seluruh Malaysia.

Apa kata peserta kursus praperkahwinan SMARTSTART

"Kursus ini sangat baik dan memberi banyak pengajaran" - Shasi,  Negeri Sembilan
"Banyak input baru untuk saya" - Cik Lim, Kuala Lumpur
"Kursus SMARTSTART ini perlu diwajibkan kepada bakal pengantin sama ada yang Islam ataupun bukan Islam" - Kokila, Puchong Selangor
"Saya akan galakkan kawan-kawan untuk mengikuti kursus ini" - Norizan, Sg. Buloh
"Jalankan kursus ini secara berterusan" - Puan Wong, Kuala Lumpur
"Penceramah menyampaikan ceramah dengan berkesan" - Cik Munirah, Gombak
"Panjangkan masa kursus" - En. Siva, Petaling Jaya


HUBUNGI KAMI


Urusetia Kursus Praperkahwinan SMARTSTART
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Bangunan LPPKN,
No.12B, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

TEL : +603-26937555 Samb. 2170/1201
FAKS : +603-26955458
EMEL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.