Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



Forum Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru Sempena Sambutan Hari Ibu Bapa Kebangsaan 2019

 

  banner hibk 1

SABTU, 13 JULAI 2019 : Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menganjurkan Forum Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru sempena sambutan Hari Ibu Bapa Kebangsaan 2019 yang bertemakan "Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru". Program ini telah dirasmikan dengan sempurna oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama strategik di antara LPPKN, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan CyberSecurity Malaysia.

Sehubungan itu, tema forum kali ini dipilih bertepatan dengan hasrat LPPKN untuk memberi input dan menyebarluaskan situasi keibubapaan kreatif dalam mendepani cabaran alaf baru untuk penggubalan dasar dan perlaksanaan strategi Kerajaan. Terdapat 3 ahli panel yang telah membentangkan tajuk-tajuk yang bermanfaat dan menarik minat peserta pada hari tersebut iaitu:-

Ahli Panel 1 :

Prof. Madya Dr. Rumaya Juhari, Universiti Putra Malaysia

(Mendepani Cabaran Keibubapaan Alaf Baru : Keibubapaan Kreatif dan Positif)

Ahli panel berpendapat bahawa ibu bapa merupakan unit asas dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa juga bertanggungjawab dan berperanan penting dalam pelbagai aspek kehidupan, seperti sosial, agama, ekonomi dan undang-undang serta sebagainya. Dalam hal ini, beliau berpandangan  keibubapaan merupakan sikap atau kelakuan ibu bapa. Keibubapaan turut merujuk kepada satu kontrak sosial yang terjalin dalam pelbagai dimensi, iaitu nilai, kepercayaan, norma dan tingkahlaku.

Ahli Panel 2 :

Lt. Kol. (B) Mustafa Ahmad, CyberSecurity Malaysia 

(Keluarga Yang Berdaya Tahan Dengan Konsep Kewarganegaraan Digital)

Ahli panel telah membentangkan statistik penting mengenai penggunaan siber, iaitu sebanyak 50% daripada kanak-kanak yang bersekolah menengah berinteraksi melalui media sosial tanpa pemantauan daripada ibu bapa. Satu daripada empat kanak-kanak di Malaysia menghadapi masalah penyisihan, ugutan dan gangguan dalam talian. Satu daripada empat kanak-kanak yang dikaji mungkin bersetuju untuk berjumpa dengan seseorang yang baru dikenali oleh mereka di internet. CyberSecurity Malaysia telah bekerjasama dengan Syarikat TELCO untuk menyekat pronografi. Namun, 94% kanak-kanak di Malaysia tetap terdedah dengan pornografi dalam talian seawal umur lima ke enam tahun. Menurut Polis DiRaja Malaysia, bagi tempoh Januari hingga September 2017 menunjukkan 60% daripada serangan seksual melibatkan kanak-kanak. Jenayah siber merangkumi lebih 70% daripada jenayah komersial di Malaysia iaitu lebih tinggi daripada jenayah dadah.

Ahli Panel 3 :

Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir

(Keselamatan Siber : Peranan Keluarga dan Masyarakat)

Ahli panel menyatakan bahawa remaja melakukan pelbagai aktiviti di media sosial. Hal ini dibuktikan melalui artikel Berita Harian iaitu sebanyak 55% remaja memberikan maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali, termasuk memberikan gambar dan gambaran fizikal diri mereka. Malahan sebanyak 29% remaja menjadi mangsa hendap atau cuba dihubungi oleh individu yang tidak dikenali dan hanya 34% sahaja ibu bapa yang memeriksa kandungan media sosial anak-anak.

Forum ini turut dimeriahkan dengan moderator jemputan khas iaitu :

Encik Harith Iskander

Pengacara, Pelakon dan Pelawak

 LPPKN dilantik sebagai Penyedia Latihan Keibubapaan Berdaftar kepada Majikan Sektor Swasta untuk Tempoh 3 Tahun 

 Bermula 9 Julai 2019, LPPKN dilantik sebagai penyedia latihan keibubapaan berdaftar kepada majikan sektor swasta untuk tempoh 3 tahun menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). Sehingga Mac 2019, LPPKN telah berjaya melaksanakan 21,561 program pendidikan kekeluargaan yang memberi manfaat kepada 2.7 juta peserta. HRDF biaya 500 pekerja untuk menghadiri kursus Keibubapaan anjuran LPPKN.

Sejurus majlis perasmian, YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyerahkan Mock-Up Pakej Kursus Keibubapaan Di Tempat Kerja Sektor Swasta 'Imbangi Keluarga dan Kerja' Skim Bantuan Latihan HRDF kepada 6 Syarikat terpilih iaitu KPJ Tawakkal, Denso Malaysia, Mostwell Sdn. Bhd., Hospital pantai Cheras, Kumpulan Media Karangkraf dan Proton.

 

Hasil Penemuan Tinjauan Pendapat : 

WhatsApp Image 2019 07 13 at 10.41.14 AM

Bahagian Kesejahteraan Keluarga
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat