Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



Audit: LPPKN Cemerlang Urus Kewangan

jabatan audir negara

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 menunjukkan tiga Badan Berkanun Persekutuan (BBP) memperoleh markah cemerlang dalam Prestasi Pengurusan Kewangan. Badan berkanun itu adalah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Sebanyak 13 BBP menjalani proses pengauditan yang dilaksanakan Jabatan Audit Negara pada tahun lalu mereka adalah Agensi Inovasi Malaysia (AIM); Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA); Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia (LPPM); Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Selain itu, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA); Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia); Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM); Universiti Malaysia Kelantan (UMK); MATRADE; UMP dan LPPKN turut diaudit di bawah BBP.

Menurut laporan itu, BERNAMA yang juga di bawah kategori BBP hanya memperoleh markah memuaskan bersama empat lagi agensi iaitu LPPM, FAMA, SEDA Malaysia dan LKIM. Manakala, MKM memperoleh markah kurang memuaskan apabila hanya mendapat 66.07 peratus.

“Bagi pengauditan Tahap Prestasi Kawalan Pengurusan, empat BBP iaitu MATRADE, UMP, PPUM dan MyIPO memperoleh markah cemerlang. “Bagaimanapun, dua BBP diletakkan pada tahap kurang memuaskan iaitu BERNAMA dan MKM,” katanya,

Sumber : Berita Harian Isnin 15 Julai 2019