Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



Seminar ‘Cabaran Utama Kependudukan Di Malaysia’ Dan Pelancaran Buku ‘Analisis Situasi Kependudukan Dan Kekeluargaan Di Malaysia’ bersempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2019

pic 1

11 JULAI- Bersempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2019 yang bertemakan "25 Years of The ICPD: Accelerating The Promise", Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Unit Pengajian Kependudukan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan United Nations Population Fund (UNFPA) telah menganjurkan Seminar Cabaran Utama Kependudukan Di Malaysia pada 11 Julai 2019, Khamis bertempat di Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM). Dirasmikan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, beliau turut melancarkan buku Analisis Situasi Kependudukan Dan Kekeluargaan di Malaysia yang mengandungi hasil penilaian semula trend kependudukan pada masa kini dan pada masa akan datang, serta cadangan kepada kerajaan dalam menangani isu-isu kependudukan dan kekeluargaan di Malaysia.

pic 2

 Sehubungan itu, tema seminar kali ini dipilih bertepatan dengan hasrat LPPKN untuk memberi input dan menyebarluaskan situasi kependudukan dan kekeluargaan  semasa untuk penggubalan dasar dan perlaksanaan strategi Kerajaan. Terdapat 4 isu utama diulas dalam seminar kali ini iaitu dividen demografi, mengarus perdanakan TVET, cabaran kesihatan reproduktif, dan persiapan negara ke arah negara menua pada tahun 2030.

pic 3

Sejurus pelancaran, YBrs. En Hairil Fadzly Md Akir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN telah dijemput untuk membentangkan Analisis Situasi Kependudukan dan Kekeluargaan di Malaysia di mana beliau menegaskan Dasar kependudukan yang efektif adalah penting bagi memastikan pertumbuhan penduduk seimbang dengan pembangunan negara. Justeru itu, bagi mengharungi cabaran kependudukan dan kekeluargaan masa hadapan, institusi keluarga perlu diperkukuhkan dengan meningkatkan kompetensi dalam berhadapan dengan cabaran kehidupan moden agar nilai tradisional keluarga hari ini dapat dikekalkan.

pic 4

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata meskipun bilangan penduduk semakin bertambah, kadar pertumbuhan tahunan penduduk dijangka akan kekal menurun sehingga 0.7 peratus pada 2050, kesan penurunan kadar kesuburan daripada 4.0 orang anak pada 1980 kepada 1.9 orang anak pada 2016. Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPPKM-5) mendapati,  kebanyakan pasangan lebih selesa mempunyai seorang atau dua sahaja cahaya mata. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, antara sebab utama yang menyumbang pada trend berkenaan adalah disebabkan kesukaran yang dihadapi wanita berkerjaya untuk mengimbangi peranan mereka dalam keluarga dan di tempat kerja. Sehubungan itu, Kerajaan dalam bajet 2019 telah menyuntik RM10 juta untuk agensi kerajaan menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja dalam usaha menggalakkan wanita kembali bekerja dan mengimbangi peranan keluarga.

pic 5

Sesi panel yang dipengerusikan oleh En. Adzmel Mahmud, Pengarah Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Kekeluargaan, LPPKN telah membentangkan empat topik utama iaitu ‘Realising The Demographic Dividend’ oleh YBrs. Prof. Dr. Tey Nai Peng, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya; ‘25 Years of The ICPD: Reproductive Health And Rights Challenges’ oleh YBhg. Dato’ Dr. Kamaruzaman Ali, Presiden, Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif, Malaysia; ‘Advancing TVET for Youth Employability and Sustainable Development’ oleh YBrs. Dr. Shamsuri Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pelajaran Malaysia dan ‘Ageing Gracefuly: Creating a Solutions’ oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Tengku Aizan Tengku Hamid, Pengarah, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), Universiti Putra Malaysia.

Antara intipati utama pembentangan adalah:
I. Dividen demografi tidak berlaku dengan sendiri. Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus rancak, golongan muda hari ini mesti mempunyai akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti       (SRH), dan mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan.

II. Dalam usaha mengelakkan kehamilan di kalangan kanak-kanak, pengenalan pendidikan seksual berkesan (CSE) di sekolah dan akses kepada perkhidmatan kesihatan repdroduktif diyakini dapat membantu mengurangkan kehamilan yang tidak diingini dalam memastikan kanak-kanak kekal bersekolah.

III. Persepsi mengenai Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu diubah, TVET adalah antara elemen terpenting dalam membentuk asas melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi bagi pertumbuhan negara pada masa depan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), sebanyak 1.5 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan menjelang tahun 2020 dan sebanyak 60 peratus daripadanya adalah berasaskan kemahiran TVET.

IV. Warga emas bukanlah satu beban. Masyarakat adalah terdiri dari semua peringkat bermakna warga emas berhak menikmati hak dan keistimewaan asas yang sama seperti orang lain, termasuk makanan, tempat tinggal, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pekerjaan.

 

 Slaid pembentangan para pembentang dan buku laporan Analisis Situasi Kependudukan Dan Kekeluargaan di Malaysia boleh dimuat turun di sini:

1Analisis Situasi Kependudukan dan Kekeluargaan di Malaysia

        En. Hairil Fadzly Md. Akir

       Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

       Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

2.  Realising The Demographic Dividend

    YBrs. Dr. Tey Nai Peng

    Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malay

3. 25 Years of The ICPD: Reproductive Health And Rights Challenges

    YBhg. Dato’ Dr. Kamaruzaman Ali

     Presiden, Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif, Malaysia

4. Advancing TVET for Youth Employability and Sustainable Development

    YBrs. Dr. Shamsuri Abdullah

    Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Koordinasi TVET, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pelajaran Malaysia

5. Ageing Gracefuly: Creating a Solutions

    YBhg. Prof. Dato' Dr. Tengku Aizan Tengku Hamid

    Pengarah, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing), Universiti Putra Malaysia

6. Buku laporan ‘Analisis Situasi Kependudukan Dan Kekeluargaan di Malaysia’

pic 6

pic 7