Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



Iftar Ramadan Jelajah Kita Kan Keluarga Sri Penara

Poster

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2019 - LPPKN menganjurkan program Jelajah Kita Kan Keluarga Peringkat Negeri di Dewan Al-Firdaus, Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Program ini dihadiri oleh penduduk setempat di mana pengisian program sangat bermanfaat untuk semua yang hadir. Pelbagai aktiviti dan pengisian di dalam program ini, antaranya ialah Bicara Keluarga bertajuk Tazkirah Ramadan Kita Kan Keluarga, Pusat Keluarga Bergerak LPPKN, Teen Edutainment (Demonstrasi Keluarga dan Tindakan Iklim), Pertandingan Mewarna, Gotong-royong Memasak dan Mengagihkan Bubur Lambuk, Iftar LPPKN bersama komuniti Pangsapuri Sri Penara, Solat Terawikh dan pelbagai lagi acara berkaitan. Jelajah Kita Kan Keluarga WPKL ini dijayakan dengan kerjasama LPPKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Genius Aulad, Sukarelawan MOVE LPPKN, JMB dan KRT Pangsapuri Sri Penara. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. Narimah Awin, Pengerusi LPPKN.


Gotong royong 1      Goro 2

Sukarelawan MOVE bergotong-royong membersih kawasan Dewan Al-Firdaus sehari sebelum program berlangsung.

Bubur 1  Bubur 2  Bubur 3  Bubur 4
Gotong-royong memasak, membungkus dan mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk Pangsapuri Sri Penara.

Tadarus Alquran Tadarus 2

'Family Quran Hour' diadakan di Surau Al-Firdaus Pangsapuri Sri Penara.

 PKB

Pusat Keluarga Bergerak : Saringan Pemeriksaan Kesihatan (Klinik Nur Sejahtera LPPKN WPKL).