Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Perhimpunan Bulanan KPWKM 24 MEI 2016

PUTRAJAYA, 24 Mei: Perhimpunan bulanan peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah diadakan bertempat di Dewan Perdana NUR, KPWKM yang dihadiri hampir 350 orang termasuk daripada agensi-agensi dibawah KPWKM. Ucapan telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sempat mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua peserta yang hadir. Beliau juga telah merakamkan takziah kepada Allahyarhamah YB Dato' Noriah Kasnon yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak baru-baru ini. Dengan nada sedih beliau memohon agar Allahyarhamah yang telah dianggap seperti adik sendiri agar rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Di samping itu, beliau juga telah sama-sama meraikan ibu-ibu warga kementerian yang mempunyai anak penghidap autisme. Beliau menyeru agar anak-anak ini diberi sepenuh perhatian dan kasih sayang agar kebajikan mereka sentiasa terbela. Di penghujung acara belaiu telah melancarkan kempen 'No Mobile During Dinner' yang mendapat kerjasama daripada LPPKN dan Focus on the Family (FOTF). Turut hadir ialah YB Datuk Paduka Senator Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Ketua-ketua pengarah agensi di bawah KPWKM. Tahniah dan syabas kepada LPPKN atas penganjuran perhimpunan pada kali ini!

 CjRWYCWWkAAbSpG

Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2016

KUCHING, 15 Mei: "Ucapan terima kasih oleh anak lebih bernilai daripada menerima hadiah seperti barang kemas kepada ibu", kata YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Rohani Abdul Karim ketika menyampaikan ucapan sempena Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2016 di Hotel Century, Kuching baru-baru ini. Majlis telah dirasmikan oleh YM Toh Puan Negeri Sarawak yang telah sudi hadir bersama-sama 500 orang tetamu jemputan khususnya bagi meraikan para ibu. Turut hadir Ketua Pengarah LPPKN Malaysia dan Menteri Kebajikan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Negeri Sarawak.

 

index

index2

Karnival Sukan Sempena 50 tahun LPPKN (2)

PUTRAJAYA, 29 April: Satu Karnival Sukan Sempena 50 Tahun LPPKN telah diadakan dengan kerjasama Pengurusan Tertinggi dan Biro Sukan, Kelab Kebajikan LPPKN pada 29 April hingga 1 Mei bertempat di Institut Penilaian Negara (INSPEN), Putrajaya yang melibatkan hampir 300 orang peserta. Para peserta dan atlet terdiri daripada 7 pasukan iaitu HQ A, HQ B, HQ C, Zon SELATAN, Zon TIMUR, Zon TENGAH dan Zon UTARA. Sebanyak 7 acara telah dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring, Karom, Congkak, Dart, Tarik Tali dan Ping Pong. Pasukan Zon TIMUR telah mengungguli kejohanan dengan meraih Piala Pusingan Karnival Sukan pada kali ini. Dato' Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan  telah sudi hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenangTahniah kepada semua pasukan yang bertanding dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Syabas!

13125018 995550810492908 5582795577625025737 n

13139205 1770496139904092 4345110243884418439 n

13139353 1770495726570800 4659409574750716522 n

13076810 1288859111143474 2035391779766778839 n

13096187 1033660903384803 5195087809694203239 n

Perhimpunan Bulanan LPPKN anjuran Sektor Teknologi Maklumat 2016

KUALA LUMPUR, 21 April: "LPPKN harus terus menjadi releven sesuai dengan umur kematangannya dan menjadi organisasi yang mantap di masa depan", demikian ujar Dato' Mariam Mas Yaacob, Pengerusi LPPKN di majlis Perhimpunan Bulanan LPPKN yang dianjurkan oleh Sektor Teknologi Maklumat. Dengan bertemakan "50 Tahun Menghitung 50 hari Sambutan Ulangtahun LPPKN" di Dewan Besar, Tingkat 22 dengan kehadiran hampir 300 orang warga kerja LPPKN. Majlis yang bermula dari jam 2.30 petang di dahului dengan ucapan Pengerusi LPPKN, penyampaian hadiah kemenangan kepada pasukan pingpong LPPKN yang mendapat tempat ke-3 di pertandingan MAKSWIP, penyerahan simbolik bahan promosi ulangtahun ke-50 dan pelancaran microsite 50 tahun LPPKN. Tahniah diucapkan kepada semua anggota dan marilah kita semarakkan sambutan meniti ke ulangtahun LPPKN yang ke-50 tahun. Syabas kepada semua yang terlibat! 

12107177 1706373576311619 1870958016717945847 n

13051762 1706373902978253 337204774809226340 n

13001251 1706374176311559 6809479588170834148 n

Lebih banyak artikel..