Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA


Soalan Lazim Mengenai Program Vaksinasi HPV

Soalan Lazim Orang Awam

1.Siapakah yang layak menerima Vaksinasi HPV melalui Program Pemvaksinan HPV ini?

Jawapan:
Bermula Januari 2017, pemberian vaksinasi HPV secara percuma melalui program ini adalah kepada wanita bujang/belum pernah berkahwin, warganegara malaysia atau penduduk tetap yang lahir pada tahun 1990 hingga 1996. Sila dapatkan suntikan ini di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN.


2.Sekiranya seorang wanita itu layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini, berapakah jumlah suntikan yang akan diterima?

Jawapan:
Suntikan vaksin HPV adalah sebanyak tiga(3) kali untuk setiap individu. Jadual Vaksinasi HPV adalah seperti berikut:

Dos Pertama 

0 bulan(hari vaksinasi pertama diberikan)

Dos Kedua

1 bulan selepas dos pertama

Dos Ketiga

6 bulan selepas dos pertama



3.Sekiranya Karshini layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini, dimanakah beliau perlu mendapatkan vaksinasi tersebut?

Jawapan:
Karshini boleh mendapatkan suntikan vaksin HPV ini di mana - mana Klinik Nur Sejahtera (Klinik LPPKN) di seluruh negara kecuali Klinik Nur Sejahtera Ampang dan Klinik Nur Sejahtera Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 


4.Siew Ping dilahirkan pada Februari 1994. Adakah dia layak diberi Vaksinasi HPV pada tahun 2017?

Jawapan: 
Siew Ping layak mendapat Vaksinasi HPV melalui program ini. Program Vaksinasi ini menetapkan bagi tahun 2017, hanya wanita warganegara Malaysia  yang lahir pada tahun 1990 hingga 1996 adalah layak menerima Vaksinasi HPV.

5.Qistina lahir pada tahun 1993 dan merupakan pengidap Down’s Syndrome. Adakah dia layak mendapatkan Vaksinasi HPV?

Jawapan:
Qistina layak diberi Vaksinasi HPV kerana Syndrom Down bukan kontraindikasi.


6.Semasa kempen Vaksinasi HPV, seorang ibu merayu supaya anak lelakinya yang berusia 18 tahun diberi vaksinasi kerana beliau terbaca artikel mengenai Vaksinasi HPV. Adakah anak lelaki tersebut layak menerima suntikan HPV melalui program ini?

Jawapan:
Remaja lelaki tersebut tidak layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini. Program Vaksinasi HPV ini mensasarkan pemberian vaksinasi kepada wanita yang layak sahaja.

7.Devi baru menerima vaksinasi HPV. Selepas 10 minit, Devi mengadu berasa loya dan pening.

i.Adakah loya dan pening merupakan kesan sampingan Vaksinasi HPV?
ii.Apakah yang perlu dilakukan?

Jawapan:

i.    Loya dan pening adalah salah satu kesan sampingan Vaksinasi HPV.
ii.   Devi akan diletakkan di bawah pemerhatian selama 20 minit

Kesan sampingan yang paling kerap (dianggarkan 1 kes bagi setiap 10 orang yang disuntik):

  • Rasa sakit atau kurang selesa di tempat vaksinasi
  • Bengkak dan kemerahan di tempat vaksinasi
  • Sakit kepala
  • Lenguh, rasa lemah otot dan letih


Kesan sampingan yang kerap (dianggarkan lebih dari 1 kejadian bagi setiap 100 kes):

  • Sistem pencernaan seperti loya, muntah dan sakit perut
  • Gatal, bintik merah di kulit dan urtikaria
  • Sakit sendi
  • Demam (suhu badan pada atau melebihi 38 darjah celcius)


Kesan sampingan yang jarang berlaku (dianggarkan kurang dari 1 kes bagi setiap 100 orang tetapi melebihi 1 kes bagi setiap 1,000 vaksinasi):

  • Jangkitan sistem pernafasan (jangkitan hidung, tekak dan tengkorok)
  • Pening
  • Reaksi  lain  seperti  bengkak  yang  keras,  kebas  dan  mencucuk di kawasan vaksinasi

Kesan sampingan yang amat jarang berlaku:

Seseorang yang menerima vaksin HPV boleh mengalami alahan teruk yang dikenali sebagai ‘anaphylactic reaction’. Tanda-tanda keadaan ini termasuk kesukaran bernafas dan pengsan. Kes seperti ini memerlukan kepada rawatan segera dan rujukan terus ke hospital mesti dibuat.

Selain daripada itu, dianggarkan 1 kes ‘Gullain Barre Syndrome’ (GBS) bagi setiap 100,000 Vaksinasi HPV. Kejadian GBS sekiranya berlaku, terjadi dalam tempoh 6 minggu selepas vaksinasi di mana kes akan didapati mengalami Acute Flacid Paralysis (AFP) di bahagian anggota kaki. Kes-kes yang disyaki mestilah dimasukkan ke hospital dan dilaporkan ke dalam sistem survelan AFP.


8.Kavita  pernah  mengalami  alahan  yang  teruk  selepas  diberi  Pelalian MMR semasa Tahun 1. Adakah dia layak mendapat vaksinasi HPV ini?

Jawapan:
Kavita perlu mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan/pakar perubatan sebelum menerima Vaksinasi HPV ini. Sekiranya terdapat kebenaran daripada pegawai perubatan/pakar perubatan, Kavita boleh menerima vaksinasi ini.


9.Seorang  wanita  yang  lahir  pada  tahun  1993  memaklumkan  dia  pernah  melakukan hubungan seks 4 bulan yang lalu. Patutkah wanita ini diberi Vaksinasi HPV?

Jawapan:
Sekiranya wanita ini tidak mengandung, dia layak menerima Vaksinasi HPV.

10.Fong  enggan  mengambil  Vaksinasi  HPV  dos  kedua  kerana  telah  pengsan  setelah menerima vaksinasi dos pertama. Adakah wajar dos kedua diberikan kepada Fong?

Jawapan:
Rekod kesihatan/perubatan Fong akan disemak. Sekiranya  terdapat  kebenaran daripada pegawai perubatan/pakar kesihatan, Vaksinasi HPV dos seterusnya perlu diberikan mengikut jadual yang ditetapkan bagi mendapat perlindungan yang optimum.


11.Sumati lahir pada tahun 1993 dan tinggal di pedalaman Sarawak. Adakah Sumati layak mendapat Vaksinasi HPV?

Jawapan:
Sekiranya Sumati warganegara Malaysia, dia layak mendapat Vaksinasi HPV melalui program ini.


12.Kartika seorang warganegara Indonesia, lahir pada tahun 1993 dan menuntut di IPTA. Apakah dia layak menerima Vaksinasi HPV di bawah Program Pemvaksinan HPV ini?

Jawapan:
Kartika tidak layak menerima Vaksinasi HPV melalui program ini kerana dia bukan warganegara Malaysia. Sekiranya beliau ingin mendapatkan vaksin HPV, beliau boleh mendapatkan vaksinasi HPV secara berbayar di KNS LPPKN atau klinik/hospital swasta.

13.Aina telah mendapat Vaksinasi HPV yang pertama pada 20 Januari 2017. Beliau dijadualkan untuk mendapat dos kedua pada 20 Februari 2017. Walau bagaimanapun pada hari tersebut Aina didapati mengalami demam panas. Adakah Aina boleh menerima vaksinasi pada hari tersebut?

Jawapan:
Vaksinasi HPV Aina pada hari tersebut perlu ditangguhkan. Aina akan diberi tarikh temujanji baru untuk mendapatkan vaksinasi dos seterusnya.

14.Felia telah mendapat Vaksinasi HPV sebanyak 2 kali pada Januari 2017 dan Februari 2017. Dia dijadualkan untuk menerima dos ketiga pada Julai 2017. Walau bagaimanapun, dia tidak hadir untuk menerima vaksinasi pada tarikh tersebut. Apakah yang perlu Felia lakukan?

Jawapan:
Felia perlu mendapatkan tarikh temujanji baru dengan kadar segera.

15. Menurut rekod Vaksinasi HPV Adeeba, beliau telah menerima vaksinasi pertama pada Februari 2017. Tiada rekod untuk dos ke 2. Beliau datang ke klinik LPPKN untuk menerima dos ketiga. Beliau memaklumkan telah mendapat vaksinasi kedua dari sebuah klinik swasta tetapi terlupa untuk mencatatnya pada rekod Vaksinasi HPV beliau. Bolehkah Adeeba menerima vaksinasi dos ketiga di Klinik LPPKN?

Jawapan:
Vaksinasi dos ketiga boleh diterima di Klinik LPPKN sekiranya vaksin dos kedua dari klinik swasta adalah sama dengan jenis vaksin LPPKN. Sekiranya jenis vaksin dari klinik swasta adalah tidak sama dengan jenis vaksin LPPKN, dos vaksinasi seterusnya tidak boleh diberikan. Adeeba dinasihatkan untuk mengambil dos seterusnya di klinik swasta yang sama.

16.Kamala berumur 30 tahun dan telah berkahwin. Beliau ingin mendapatkan suntikan HPV percuma di Klinik LPPKN. Adakah beliau layak mendapat suntikan tersebut?

Jawapan:
Kamala tidak layak mendapat suntikan HPV percuma kerana Program Vaksinasi HPV mensasarkan pemberian vaksinasi ini hanya untuk wanita lahir pada tahun 1990-1996 dan bujang/tidak pernah berkahwin. Kamala boleh mendapatkan suntikan HPV secara berbayar di mana-mana hospital/klinik swasta.

17.Yong telah menerima Vaksinasi HPV dos pertama dan kedua. Namun selepas 6 bulan, beliau terlupa untuk melengkapkan dos ketiga. Adakah Yong boleh menerima dos ketiga kerana telah melebihi tempoh 6 bulan daripada dos pertama?

Jawapan:
Yong perlu mendapatkan vaksinasi dos ketiga dengan kadar segera. Namun perlindungan yang optimum adalah sekiranya semua tiga dos vaksinasi dilengkapkan dalam tempoh 6 bulan.

18.Apakah kesan sekiranya Laili tidak melengkapkan ketiga-tiga dos Vaksinasi HPV ini?

Jawapan:
Ketiga-tiga dos Vaksinasi HPV ini perlu dilengkapkan bagi memastikan vaksinasi ini memberikan perlindungan yang optimum bagi pencegahan kanser serviks.

19.Airis menerima Vaksinasi HPV dos pertama di Klinik LPPKN Melaka. Selepas seminggu menerima vaksinasi, Airis telah berpindah ke negeri Kelantan. Bolehkah Airis menerima dos seterusnya di Kelantan?

Jawapan:
Airis boleh menerima vaksinasi dos kedua dan ketiga di Klinik LPPKN Kelantan.

20.Venusha enggan menerima Vaksinasi HPV dos kedua kerana pengalaman berasa sakit yang dialami semasa vaksinasi dos pertama. Apakah tindakan anda?

Jawapan:
Beri nasihat mengenai faedah-faedah Vaksinasi HPV. Sekiranya Venusha masih enggan, hormati keputusannya. Rekod maklumat Venusha dalam buku pendaftaran. Nasihatkan beliau untuk mendapatkan Vaksinasi di Klinik LPPKN yang berdekatan sekiranya beliau mengubah fikiran.

21.Pada Mac 2017, Hani telah menerima Vaksinasi HPV dos 1. Selepas 15 minit menerima vaksinasi beliau mempunyai tanda-tanda AEFI yang serius dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Hani dibenarkan pulang ke rumah selepas 2 hari berada di hospital. Adakah Hani layak diberi vaksinasi dos ke 2? Apakah tindakan yang perlu diambil seterusnya?

Jawapan:
Lengkapkan borang Adverse Drug Reactions dan hantar/fax ke BPFK dan Bilik Gerakan berkaitan AEFI serius dalam masa 24 jam.
Lengkapkan borang penyiasatan kejadian AEFI serius seperti Lampiran 6.3 dan hantar ke BPFK.
Kelompok vaksin tersebut dikuarantinkan sehingga laporan penyiasatan diperolehi. Walau bagaimanapun, rangkaian sejuk vaksin masih dikekalkan.

Program pemvaksinan perlu diteruskan dengan menggunakan kelompok vaksin yang lain.
Surat pengesahan Pakar Perubatan samada Hani boleh diberi vaksinasi HPV berikutnya perlu diperolehi.

Dapatkan laporan penyiasatan dari BPFK samada kelompok vaksin yang dikuarantin adalah selamat untuk digunakan semula.

22.    Dasar Operasi

Vaksinasi HPV akan diberikan kepada kumpulan sasar iaitu wanita seperti berikut:


TAHUPELAKSANAANPROGRAM


T
AHUKELAHIRAKUMPULASASAR

2012

1993

2013

1993 & 1994

2014

1994 & 1995

2015

1995 & 1996

2017

1990-1996

SENARAI KLINIK NUR SEJAHTERA(KNS) YANG TIDAK TERLIBAT DALAM PROGRAM VAKSINASI HPV 2017

KNS AMPANG

KNS PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA