Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA


SOALAN LAZIM : KAJIAN PENDUDUK & KELUARGA MALAYSIA KE 5


Mengapa perlu KPKM-5?

  • KPKM-5 menyediakan data siri masa berkaitan maklumat demografi dan sosioekonomi, khususnya pertalian di antara kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif, serta hubungkaitnya dengan pembangunan.
  • Kajian ini juga bertujuan untuk mengemaskini indikator-indikator bagi tujuan menilai kecekapan dan keberkesanan dasar, program dan aktiviti berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif.

Bilakah KPKM-5 akan dilaksanakan?
KPKM-5 akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan bermula 2 September 2014 hingga 30 November 2013. Kajian ini melibatkan isi rumah terpilih  yang meliputi seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Siapakah yang akan ditemubual?
Temubual akan dijalankan ke atas isirumah yang dipilih secara rawak berdasarkan rangka sampel Banci Penduduk dan Perumahan yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia. Terdapat lima kategori penduduk yang layak ditemubual seperti berikut:

  • Wanita pernah berkahwin berumur antara 15 hingga 59 tahun.
  • Lelaki pernah berkahwin berumur 15 hingga 59 tahun.
  • Remaja berumur 13 hingga 24 tahun dan belum pernah berkahwin.
  • Warga emas berumur 60 tahun dan lebih.
  • Bujang berumur 25 hingga 49 tahun.

Bagaimanakah KPKM-5 dilaksanakan?
KPKM akan dijalankan menggunakan kaedah temubual bersemuka. Penemubual yang dilantik akan melawat ke setiap rumah terpilih seterusnya menemubual ahli isirumah bagi mendapatkan maklumat. Jika ada soalan-soalan yang musykil atau memerlukan penjelasan yang lebih mendalam, anda boleh bertanya kepada penemubual yang dilantik.

Adakah maklumat yang saya beri selamat?
Maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan dan dijamin sulit. Semua maklumat akan hanya digunakan untuk kajian ini.

Bagaimanakah saya boleh menghubungi LPPKN untuk sebarang pertanyaan?

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan :

Sekretariat
Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima
Bangunan LPPKN,
No 12B, Jalan Raja Laut,
Peti Surat 10416,
50712, Kuala Lumpur.

Telefon : 03 2693 7555
Faks : 03 2693 7787
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.