Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA


Siaran Media Jelajah Keluarga Bahagia 2015 di Miri

SIARAN MEDIA

PERATUS PENERAPAN NILAI KASIH KEPADA ANAK DIDOMINASI OLEH BAPA

 

 

           

 

TARIKH                                 :           3 MEI 201

TEMPAT                                :          DEWAN MASYARAKAT BEKENU

ACARA                                  :           MAJLIS PERASMIAN JELAJAH KELUARGA BAHAGIA 2015

MIRI, 3 MEI 2015Penerapan lima nilai teras keluarga bahagia iaitu Kasih sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat, Ilmu dan Harmoni didapati didominasi oleh bapa berbanding ibu. Tiga puluh peratus (30%) daripada keseluruhan data Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia kelima (KPKM-5) yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada akhir tahun 2014 mendapati kesemua teras keluarga bahagia kecuali Ilmu menunjukkan peratus bapa lebih tinggi menerapkan nilai tersebut kepada anak-anak berbanding ibu.

“Teras yang pertama ialah kasih sayang yang membawa pengertian kepada suatu konsep perkahwinan dan ikatan yang kukuh hasil hubungan suami isteri yang intim menjadi tunjang kepada usaha membangun potensi dan aspirasi keluarga. Teras ini dapat diterjemahkan melalui tindakan seperti menerima anak seadanya, tidak membezakan kasih sayang antara anak-anak dan sentiasa mengambil berat dan peka dengan perubahan anak-anak. 30% hasil kajian KPKM-5 mendapati 25.9 % lelaki menerapkan nilai ini kepada anak-anak berbanding hanya 21.3% wanita.” Kata YB Dato’ Seri Rohani Abdul Karim ketika merasmikan Program Jelajah Keluarga Bahagia (JKB) 2015 yang diadakan di Dewan Masyarakat Bekenu di sini, hari ini.

Ibu bapa perlu menerapkan nilai ilmu dan sentiasa meningkatkan kemahiran keibubapaan dan ilmu kesejahteraan hidup sepanjang masa. Contoh amalan ialah memperuntukkan masa untuk membaca, menghadiri majlis-majlis ilmu dan menyediakan ruang bacaan di rumah bagi menggalakkan budaya membaya kalangan ahli keluargai 40.7 % wanita menerapkan nilai ini kepada anak-anak berbanding hanya 39.5% responden kalangan lelaki, tambah YB Rohani lagi.

Miri adalah lokasi keempat JKB 2015 selepas Tanjung Malim, Perak. Tema ‘Saya Sayang Keluarga Saya’ adalah satu mesej mudah dan sinomin dengan fitrah kehidupan berkeluarga. Penzahiran kasih sayang kepada seseorang mampu memberi kesan emosi yang melambangkan perasaan bahagia,” tambah beliau di akhir ucapan.

Dalam mengukuhkan institusi keluarga yang berpaksikan 5 teras Keluarga Bahagia iaitu K.A.S.I.H Program kali ini telah dimulai dengan persembahan Bermukun oleh masyarakat setempat Bekenu pada malam tadi. Selain itu JKB kali ini turut melibatkan agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dengan kempen Klik Dengan Bijak, Persatuan Seniman, Yayasan Dakwah Islamiah, PDRM, AADK dan dan agensi-agensi KPWKM.

************

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Unit Komunikasi Korporat               

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)      

12B, Jalan Raja Laut                                             

50350 Kuala Lumpur                                                                                    

No. telefon   :         03-2693 7555         samb. 3308 / 3310/ 2132 

No. Faks      :         03-2691 9431