Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


SIARAN MEDIA Lawatan Kerja YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Brunei

SIARAN MEDIA

DUA NEGARA SATU TUJUAN 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JANUARI 2015- Perkongsian dan kesepakatan dalam bidang pembangunan kebajikan serta sosial dicapai di antara Malaysia dan Brunei dalam lawatan kerja selama tiga hari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim bermula dari 25 hingga 27 Januari 2015. 

Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mengerat dan mengukuhkan hubungan yang dijalin semasa 6th East Asia Ministerial Forum On Families yang telah dihadiri oleh kedua- dua negara pada Disember tahun lalu di Korea. YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim mengadakan Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekema Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi bertukar pendapat dan membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Brunei dalam beberapa bidang berkaitan.“Saya berharap lawatan kerja ke negara Brunei akan mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara dua negara terutamanya daripada aspek pemerkasaan wanita, pembangunan kanak-kanak dan hal-hal kekeluargaan seperti yang telah dipersetujui dalam Deklarasi Seoul yang lepas".Antara pengisian lawatan kerja tersebut ialah kunjungan ke pusat-pusat kebajikan dan sosial di bawah seliaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan termasuk Pusat Kegiatan Warga Emas.Negara Brunei turut tertarik dengan beberapa pendekatan dan program di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti Perwani, inovasi sosial dan kebajikan produktif dan telah mendapat taklimat lanjut berkenaan perkara tersebut daripada Yang Berhormat Menteri.Delegasi Lawatan Kerja YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke negara Brunei turut diiringi oleh Tuan Yang Terutama Dato’ Awang Sahak bin Pengiran Salleh iaitu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.

####

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan PUTRAJAYA