Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2



SIARAN MEDIA KPWKM PERLUAS KURSUS KEIBUBAPAAN MELALUI HRDF

SIARAN MEDIA

KPWKM PERLUAS KURSUS KEIBUBAPAAN

MELALUI HRDF

ibu bapa 

 

SERDANG, 13 JULAI – KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini memperluaskan kursus keibubapaan yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kepada majikan dan pekerja swasta demi pengukuhan institusi kekeluargaan.

"Bidang kemahiran keibubapaan (Parenting Skills) telah diiktiraf oleh Kementerian Sumber Manusia sebagai bidang latihan berdaftar di bawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan bersedia membiayai 500 pekerja swasta terawal yang menghadiri kursus keibubapaan LPPKN bagi tahun ini," kata Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam ucapan perasmian Forum Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru sempena Sambutan Hari Ibu Bapa Peringkat Kebangsaan 2019, di sini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri lagi, pembiayaan tersebut adalah melalui pemberian insentif yuran latihan kepada majikan yang berdaftar dengan HRDF dan merupakan projek rintis di antara pihak HRDF dan LPPKN kepada hampir 28,000 syarikat berdaftar.

Buat masa ini, LPPKN yang didaftarkan sebagai Penyedia Latihan di bawah HRDF mulai 9 Julai 2019 lalu, mempunyai Kursus SMART Parenting yang tersenarai sebagai bidang latihan yang boleh dituntut (claimable training) oleh majikan kepada HRDF.

Pada majlis sama, enam majikan iaitu Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Denso Malaysia, Mostwell Sdn. Bhd., Hospital Pantai, Cheras, Kumpulan Media Karangkraf dan Proton Holdings Berhad menjadi majikan pertama sebagai penerima intensif yuran latihan yang ditawarkan HRDF.

Majlis turut dihadiri Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Rose Lena Lazemi, Ketua Setiausaha KPWKM, Dato’ Dr.Narimah Awin, Pengerusi LPPKN, Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, Dato’ Noor Farida Ariffin, Pengerusi HRDF dan Elanjelian Venugopal, Ketua Eksekutif HRDF.

####

 

Disediakan oleh:

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Pn. Rosmonaliza Abdul Ghani – 019 2333 415

En. Jimbau Munggat – 018 235 2183