Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2



Aplikasi Interaktif Remaja MyKafeTEEN

 

WhatsApp Image 2019 10 03 at 9.47.47 AM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dasar Privasi myKafeTEEN
Terma & Syarat Penggunaan myKafeTEEN

 

Polisi Privasi

Berikut adalah Polisi Privasi (“Polisi”) yang terpakai kepada data yang dikumpul melalui aplikasi myKafeTEEN (“Aplikasi”) dan menghuraikan bagaimana myKafeTEEN menggunakan Data Peribadi anda. Terima kasih atas pemeriksaan polisi privasi kami.

Polisi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, mengguna, berkongsi dan melindungi maklumat peribadi tentang Pengguna perkhidmatan. Kami mewujudkan Polisi ini bagi menunjukkan komitmen kami untuk melindungi privasi anda dan maklumat peribadi anda. Penggunaan dan akses anda kepada Perkhidmatan adalah tertakluk kepada Polisi Privasi dan Terma Penggunaan kami. Mana-mana terma digunakan tetapi tidak ditakrifkan di dalam polisi privasi ini hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Terma Penggunaan kami. myKafeTEEN adalah komited untuk memastikan bahawa data peribadi anda adalah dilindungi.

Pengumpulan dan Penggunaan Data Peribadi

1)   Anda boleh memuat turun aplikasi mobil kami tanpa memaklumkan kami identiti anda atau mendedahkan maklumat peribadi anda. Jika anda memberi maklumat peribadi anda kepada kami, anda bukan lagi seseorang yang kami tidak kenali. Apabila anda mendaftar dengan kami di aplikasi untuk mewujudkan akaun (“Akaun myKafeTEEN”) dan menjadi sebagai pengguna berdaftar (“Ahli”), anda perlu memberi kepada kami maklumat peribadi yang boleh dikenalpasti untuk melengkapkan pendaftaran, termasuklah maklumat yang boleh digunakan untuk menghubungi atau mengenalpasti identiti anda (“Maklumat Peribadi”).

2)   Kami juga mengumpul maklumat-maklumat lain yang anda berikan sebagai sebahagian daripada pendaftaran di mana pentadbiran dan mempersonalisasikan pengalaman pengguna, termasuklah maklumat demografi seperti jantina, umur, tarikh lahir dan biodata. Kami boleh menggabungkan maklumat-maklumat ini dengan Maklumat Peribadi yang telah kami kumpulkan dari anda, dan menggunakannya untuk menyediakan Perkhidmatan-perkhidmatan, melengkapkan transaksi-transaksi anda dan juga mengurus pertanyaan-pertanyaan anda. Kami juga boleh menggunakan maklumat-maklumat ini untuk meningkatkan pengalaman pengguna terhadap aplikasi ini, meningkatkan kualiti dan nilai Perkhidmatan–perkhidmatan dan untuk menganalisis dan memahami bagaimana Perkhidmatan kami dimanfaatkan. Selain daripada itu, kami boleh menggunakan maklumat tersebut untuk memberikan perkhidmatan kami kepada anda secara khusus, seperti contoh menyampaikan satu produk kepada anda mengikut keutamaan atau sekatan anda.

3) Kami juga mengumpul data peribadi dan data aktiviti bagi tujuan untuk menjadikan pengalaman anda dengan myKafeTEEN menjadi lebih baik dan untuk tujuan-tujuan lain yang kami anggap sesuai. Jika data yang diberikan oleh anda diperlukan bagi tujuan selain daripada perkara di atas, kami akan mendapatkan persetujuan anda dan sehinggalah persetujuan diterima, kita tidak akan meneruskan untuk menggunakan data tersebut untuk tujuan lain selain daripada tujuan ia dikumpulkan.

4) Bagi membolehkan akses kepada aplikasi tersebut, anda akan diminta untuk memberikan maklumat berkenaan diri anda, secara suka rela dan akan disifatkan sebagai kebenaran anda, sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran, atau sebagai sebahagian daripada penggunaan berterusan aplikasi tersebut. Anda bersetuju bahawa sebarang maklumat pendaftaran/maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami adalah sentiasa tepat, betul dan terkini.

Dalam sesuatu keadaan, anda mungkin memberikan data peribadi berhubungan dengan individu lain (seperti suami/isteri, ahli keluarga atau kawan-kawan) dan dalam keadaan sedemikian, anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberikan data peribadi mereka ke myKafeTEEN dan anda telah memperolehi persetujuan mereka bagi data peribadi mereka diproses dan digunakan mengikut cara yang ditetapkan ke dalam polisi ini.

Data Peribadi Daripada Kanak-Kanak Dan Individu Lain

Bagi kanak-kanak (contoh individu di bawah umur 18 tahun) atau individu yang tidak layak di sisi undang-undang untuk memberi kebenaran, anda mengesahkan bahawa anda adalah ibu bapa atau penjaga atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa ke atas mereka atau orang yang dilantik oleh Mahkamah untuk menguruskan urusan mereka, untuk memberi kebenaran bagi pihak kami untuk memproses data peribadi selaras dengan Polisi ini.

Servis Pihak Ketiga

Secara umumnya, data peribadi anda yang ada dengan myKafeTEEN akan disimpan secara sulit. Anda dengan ini memberi kebenaran dan kuasa kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda dan tidak terhad kepada kategori-kategori pihak ketiga berikut:

  1. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

  2. Institusi Pengajian Tinggi

  3. Perunding yang dilantik

Di samping itu, kami boleh mendapatkan lain-lain syarikat, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihak kami, dan oleh yang demikian, kami boleh memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada Pembekal Perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut.

Undang-undang dan Kemudaratan

myKafeTEEN boleh memelihara atau mendedahkan maklumat peribadi anda jika kami percaya ini adalah satu keperluan untuk memenuhi undang-undang tempatan atau antarabangsa, peraturan atau permintaan yang sah di sisi undang-undang atau untuk melindungi keselamatan seseorang; menangani penipuan, isu keselamatan atau teknikal; atau melindungi hak dan harta myKafeTEEN.

Keselamatan

Keselamatan maklumat peribadi anda adalah penting kepada kami. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memastikan keselamatan mana-mana maklumat yang anda hantar ke myKafeTEEN atau menjamin bahawa maklumat Perkhidmatan mungkin tidak boleh dicapai, didedahkan, dipinda, atau dimusnahkan. Tiada kaedah penghantaran melalui internet atau kaedah storan elektronik yang selamat sepenuhnya. Sementara kami berusaha untuk menggunakan cara-cara yang boleh diterima secara komersial untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak dapat menjamin keselamatan yang mutlak terhadap maklumat peribadi anda.

Persetujuan Anda

Dengan menggunakan aplikasi mobil ini, anda bersetuju dengan terma-terma Polisi Privasi kami dan memberi kebenaran kepada myKafeTEEN untuk memproses Maklumat Peribadi bagi tujuan yang dinyatakan di atas dan juga seperti mana yang telah dijelaskan mengenai pengumpulan Data Peribadi.

Pengubahan Terhadap Polisi

Kami berhak untuk meminda Polisi ini dari semasa ke semasa, selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturanterpakai dan mana-mana perubahan atau pindaan yang dilakukan adalah terpakai kepada anda. Dengan terus mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini selepas perubahan berkuatkuasa, anda bersetuju untuk terikat dengan Polisi Privasi yang telah dipinda.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan atau komen berkenaan Polisi Privasi ini, sila hubungi kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pautan luar Pihak Ketiga

Aplikasi ini mungkin mengandungi pautan web organisasi lain yang turut mematuhi perlindungan data dan privasi mereka sendiri yang mungkin berbeza dari kami. Kami adalah tidak bertanggungjawab dengan kandungan dan amalan privasi laman web yang lain dan anda digalakkan untuk berunding berkenaan notis privasi laman web tersebut di atas pilihan dan risiko anda sendiri.

 

Menurut Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], Polisi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Terma dan Syarat Penggunaan

Dengan memuat turun, memasang dan/atau menggunakan aplikasi myKafeTEEN, anda bersetuju bahawa anda telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Penggunaan ini. Penggunaan anda di Perkhidmatan ini adalah sepenuhnya atas risiko anda sendiri dan anda mengakui bahawa myKafeTEEN adalah tidak bertanggungjawab atas semua ganti rugi, kerugian, kos atau perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh anda yang disebabkan oleh perkhidmatan yang tidak beroperasi seperti yang sepatutnya atau menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada mana-mana data dan/atau peranti mudah alih dan/atau komputer dan/atau kerugian-kerugian lain yang ketara dan/atau tidak ketara.

1. Terma Penggunaan

Berikut adalah syarat-syarat utama penggunaan dan penyertaan anda dalam aplikasi myKafeTEEN.

1.1 Konsultasi melalui Platform

1.1.1  myKafeTEEN adalah sebuah aplikasi mudah alih yang menyediakan platform untuk berkomunikasi dengan pengguna lain myKafeTEEN serta mendapatkan nasihat daripada Pakar kami (doktor, kaunselor dan pakar-pakar agama) berkenaan kesihatan reproduktif dan gaya hidup social.

1.1.2  Adalah penting bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat dan bahawa anda juga boleh mendedahkan fakta-fakta berkaitan yang mungkin boleh mempengaruhi maklumat dan/atau nasihat yang diberi oleh Pakar kepada anda. Jika anda memberi maklumat seseorang selain daripada diri anda, anda perlu memastikan bahawa mereka benar-benar memahami Terma Penggunaan, Polisi Privasi dan bagaimana maklumat mereka akan digunakan serta anda juga mempunyai otoriti mutlak untuk memberikan maklumat mereka kepada kami dan juga semua kebenaran yang berkaitan bagi pihak mereka.

1.2   Artikel, Video dan Infografik

1.2.1   Melainkan telah mendapat kebenaran LPPKN, anda adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk mengubah dan/atau memanipulasi mana-mana kandungan yang dimuatnaik dalam aplikasi myKafeTEEN dan/atau kandungan yang dikongsi oleh LPPKN melalui pautan daripada sumber luar.

1.3   Forum melalui Platform

1.3.1   Anda tidak dibenarkan untuk menerbitkan sebarang bentuk kandungan yang boleh ditafsirkan, menurut budi bicara mutlak LPPKN, sebagai:-

(i)     kesat, membuli, fitnah, mengganggu, merosakkan, membenci, tidak tepat, melanggar syarat-syarat, menfitnah, tidak senonoh, lucah, menyerang, lucah, mengejutkan, mengancam, menyalahi undang-undang, ganas atau kasar;

(ii)     melanggar undang-undang;

(iii)    meletakkan risiko kepada privasi dan keselamatan data pengguna lain;

(iv)   mempromosi sebarang produk, barangan atau perkhidmatan;

(v)    menggalakkan ketaksuban, diskriminasi, kebencian, sikap tidak bertoleransi atau perkauman; dan/atau

(v)    menghasut keganasan.

       selepas daripada ini dirujuk secara kolektif sebagai "Kandungan Tidak Diterima").

1.3.2   Menurut budi bicara mutlak LPPKN, LPPKN boleh mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu dan/atau sesuai, termasuk, tanpa had, dengan memberi amaran kepada anda, penggantungan atau penamatan akaun anda, memadam semua kandungan yang tidak menyenangkan, dan/atau melaporkan anda kepada pihak penguatkuasaan undang-undang, secara langsung atau tidak langsung, terhadap anda untuk mana-mana Kandungan Tidak Diterima Yang diterbitkan.

2. Pembatasan Liabiliti

Penggunaan Aplikasi atau Perkhidmatan adalah di atas risiko dan tanggungan anda sendiri sepenuhnya. Sekiranya anda tidak bersetuju atau tidak berpuas hati dengan mana-mana bahagian Aplikasi atau Perkhidmatan, anda dinasihatkan untuk berhenti dari menggunakan Aplikasi atau Perkhidmatan dalam aplikasi myKafeTEEN ini.

3. Undang-undang

Penggunaan aplikasi myKafeTEEN ini dan apa-apa pertikaian yang timbul daripada penggunaan aplikasi myKafeTEEN adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

4. Tiada Jaminan

Kami atau mana-mana pihak ketiga tidak memberikan sebarang waranti atau jaminan mengenai ketepatan, ketepatan masa, prestasi, kelengkapan atau kesesuaian maklumat dan bahan yang ditawarkan oleh aplikasi myKafeTEEN untuk tujuan tertentu. Anda mengakui bahawa apa-apa maklumat dan bahan-bahan mungkin mengandungi ketidaktepatan atau kesilapan dan kami dengan jelas mengecualikan liabiliti untuk sebarang ketidaktepatan atau kesilapan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

Penggunaan mana-mana maklumat atau bahan-bahan myKafeTEEN ini adalah pada risiko anda sendiri, yang mana kami adalah tidak bertanggungan. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa sebarang produk, Perkhidmatan atau maklumat yang disediakan melalui aplikasi ini memenuhi keperluan khusus anda.