Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Pusat Remaja KAFE@TEEN

Pusat Remaja serba moden dan mesra remaja yang disediakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi tujuan membantu remaja berumur 13 hingga 24 tahun melalui alam remaja dengan selesa dan tanpa ragu-ragu.

Pusat Remaja kafe@TEEN memulakan perkhidmatan pada bulan November 2005 di Butterworth dan LPPKN Ibu Pejabat, Kuala Lumpur. Sehingga 2014, terdapat 14 buah Pusat Remaja kafe@TEEN telah dibuka seperti berikut :

1. Pusat Remaja Kafe@TEEN Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
2. Pusat Remaja Kafe@TEEN Seremban 2, Negeri Sembilan.
3. Pusat Remaja Kafe@TEEN Nusa Bestari, Johor.
4. Pusat Remaja Kafe@TEEN Batu Pahat, Johor.
5. Pusat Remaja Kafe@TEEN Bertam, Pulau Pinang.
6. Pusat Remaja Kafe@TEEN Jalan Burmah, Pulau Pinang .
7. Pusat Remaja Kafe@TEEN Kota Bharu, Kelantan.

Perkhidmatan ini telah berkembang ke bangunan UTC seperti di:

1. Pusat Remaja Kafe@TEEN UTC Pudu, Kuala Lumpur,
2. Pusat Remaja Kafe@TEEN UTC Keramat, Kuala Lumpur.
3. Pusat Remaja Kafe @TEEN UTC Melaka.
4. Pusat Remaja Kafe@TEEN UTC Kuantan, Pahang,
5. Pusat Remaja Kafe@TEEN UTC Alor Setar, Kedah.
6. Pusat Remaja Kafe@TEEN UTC Johor, Johor.
7. Pusat Remaja Kafe@TEEN UTC Kota Kinabalu ,Sabah.

Setiap remaja yang ingin menggunakan kemudahan dan perkhidmatan Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ hendaklah mendaftar sebagai ahli Sahabat ‘kafe@TEEN’. Jumlah ahli baru Sahabat ‘kafe@TEEN’ bagi tiga pusat remaja dari mula dibuka sehingga Disember 2014 ialah seramai 46,302 orang remaja.

Waktu operasi Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ di premis LPPKN ialah pada hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Manakala, waktu operasi Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ di UTC ialah pada hari Isnin hingga Ahad dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 malam. Perkhidmatan yang diberikan adalah percuma

OBJEKTIF

1.   Meningkatkan tahap kesihatan remaja dari aspek fizikal, mental dan sosial
2.   Menyemai nilai-nilai murni remaja terhadap perkembangan kesihatan diri dan sosial
3.   Menyemai sikap-sikap positif remaja terhadap perkembangan kesihatan diri dan sosial, fizikal dan mental.

FUNGSI

1.   Membantu remaja menempuhi alam remaja dengan selesa dan tanpa ragu-ragu
2.   Menyediakan khidmat kaunseling dan perkhidmatan kesihatan bagi membantu remaja mengatasi masalah fizikal, mental dan sosial remaja
3.   Memberi peluang remaja berkenalan dengan rakan-rakan serta berkongsi pengalaman dan idea-idea baru
4.   Memperkasakan remaja melalui bimbingan dan pendidikan

KOMPONEN-KOMPONEN PUSAT REMAJA KAFE@TEEN

Antara-antara komponen Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ adalah seperti berikut:

1.   Perkhidmatan Kesihatan Remaja
2.   Khidmat Kaunselor
3.   Aktiviti Pendidikan dan Skill Building

Fungsi-fungsi komponen-komponen tersebut adalah seperti berikut:

Perkhidmatan Kesihatan Remaja

1.   Perkhidmatan ini disediakan untuk memberi khidmat nasihat bagi masalah yang merangkumi aspek kesihatan reproduktif, pengurusan berat badan, masalah mental, dermatologi dan berhenti merokok.
2.   Sesi klinikal bersama doktor dijalankan dua kali setiap minggu dan dibantu oleh jururawat LPPKN.
3.   Borang Saringan Kesihatan Remaja digunakan sebagai instrumen untuk mengenal pasti remaja yang mempunyai masalah kesihatan.

Khidmat Kaunselor

1.   Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu remaja dalam mengenali potensi diri, personaliti, kemahiran, keupayaan dan potensi diri dari aspek emosi, kognitif dan tingkah laku.
2.   Memberi khidmat nasihat berkenaan masalah peribadi, konflik dalam diri, konflik rakan sebaya dan masalah pelajaran. Ia dijalankan secara individu atau kelompok. Sesi kaunseling dijalankan dua kali setiap minggu oleh kaunselor LPPKN.

Aktiviti Pendidikan dan Skill Building

1.   Aktiviti dijalankan dalam bentuk Teen Talk, Teen Chat, ceramah dan bengkel yang merangkumi aspek kemahiran remaja dan kesihatan reproduktif.
2.   Aktiviti pendidikan ini dijalankan oleh pakar-pakar dan Teen Educator yang membincangkan mengenai seksualiti remaja, pemakanan sihat remaja, pembangunan jati diri remaja dan isu-isu sosial remaja.
3.   Selain itu, Pusat Remaja ‘kafe@TEEN’ juga mengadakan aktiviti-aktiviti sampingan seperti aktiviti rekreasi, senamrobik, sukan dan lain-lain bagi mengisi masa lapang remaja.
4.   Pasukan atau kakitangan menjalankan Pusat Remaja kafe@TEEN terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Perunding Pemakanan, Pegawai Penerangan, Jururawat, Kaunselor, dan Teen Educator. Teen Educator yang bertugas di kafe@TEEN adalah dipilih dari golongan remaja dan mereka berperanan menjalankan aktiviti sosial, rekreasi, pendidikan dan pembangunan kemahiran kepada remaja di sekolah, kolej, IPT dan sebagainya. Remaja bebas untuk bertanya segala persoalan berkenaan kesihatan reproduktif dan sosial kepada Teen Educator.

MODUL YANG DIGUNAKAN

Modul I’m In Control (Cakna Diri) terdiri daripada tiga komponen.

1.   Komponen 1 mengandungi maklumat mengenai kesihatan reproduktif, terutama yang berkaitan dengan Seksualiti, Nilai dan Tanggungjawab, dan Kelakuan risiko yang membawa kepada penyakit seksual kehamilan dan jangkitan HIV / AIDS.
2.   Komponen 2 memberi tumpuan kepada kemahiran teknik penangguhan dan penolakan seks sebelum berkahwin.
3.   Komponen 3 menekankan isu seks  selamat seperti abstinen dan perlindungan diri serta kaedah pencegahan kehamilan dan penyakit jangkitan seksual. Modul ini telah dibangunkan dalam bentuk interaktif pembelajaran dan menggunakan pelbagai kaedah seperti main peranan, lakaran, kerja kumpulan dan perbincangan untuk menarik golongan belia.

Modul Kesejahteraan Hidup terdiri daripada empat komponen, iaitu seks dan jantina, keluarga, pembangunan kemahiran dan hidup tanpa keganasan. Komponen ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman, kesedaran dan kemahiran belia dengan dasar-dasar dan undang-undang Negara, komitmen kerajaan dan perjanjian antarabangsa. Modul ini telah dibangunkan dalam bentuk interaktif pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti seperti peranan bermain kaedah, lakaran, kerja kumpulan dan perbincangan untuk menarik remaja dan dewasa muda