Bahasa :
Warna Teks   default-text yellow-text red-text blue-text   Pilihan Warna   default red blue green orange contra
A- A A+
Saiz Font :
COUNTDOWN 50 TAHUN LPPKN (1966 - 2016)


Forum Penyebaran Data Hasil Penyelidikan LPPKN Siri 2

KUALA LUMPUR : Satu forum bertajuk Penyebaran Data Hasil Penyelidikan LPPKN Siri 2 telah diadakan dengan jayanya pada 8 Mei 2014 bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya. Forum yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN ini dihadiri lebih dari 100 orang wakil dari pelbagai agensi kerajaan, pensyarah dan pelajar dari institut pengajian tinggi (IPT) dan wakil badan-badan bukan kerajaan (NGO). Pada kali ini, seramai 11 orang pembentang kertas kerja dari LPPKN dan agensi luar terlibat dalam membentangkan hasil penyelidikan dan kertas kerja mereka.

Forum sehari ini merupakan siri kedua dalam penganjurannya bermatlamat menyebarluaskan hasil penyelidikan yang menggunakan data kajian LPPKN. Selain menjadi platform dalam menghebahkan kepelbagaian kajian yang dihasilkan, forum seperti ini turut menyediakan peluang kepada para penyelidik untuk beriteraksi secara terus dengan pengurus dan penggubal dasar tentang hasil dan penemuan penyelidikan yang diperolehi. Sekaligus dapat memastikan faedah dan penemuan penyelidikan mereka tidak hanya bagi tujuan akademik semata-mata, tetapi turut menyumbang input kepada perancangan pembangunan masa depan negara.

Diakhir ucapan, Y.Bhg. Dato’ Dr. Siti Norlasiah Ismail berharap penganjuran forum seperti ini akan berterusan dalam mempromosi dan memperkukuhkan lagi jenama LPPKN sebagai agensi utama dalam bidang kependudukan, kekeluargaan dan reproduksi manusia di Malaysia.