Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


OBJEKTIF LPPKN

Untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan penduduk yang berkualiti.

KUASA, FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

Secara ringkas kuasa, fungsi dan tanggungjawab LPPKN seperti yang dinyatakan dalam Akta 352 Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Pindaan 2006) adalah seperti berikut:-

  • Menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan dasar dan program kependudukan, pembangunan keluarga, dan reproduksi manusia;

  • Merancang, melaksana dan menyelaras program dan aktiviti kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

  • Menyebar pengetahuan, memberi didikan dan menggalakkan tingkah laku positif dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

  • Bertanggungjawab melatih individu, yang terlibat dalam tugas-tugas berkaitan bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

  • Menyediakan latihan kepada jurulatih dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia melalui pembangunan kemahiran, pendidikan berterusan, jaringan kerjasama, kerjasama teknikal di antara negara dan perkongsian teknologi informasi dan komunikasi serta sumber teknikal;

  • Bertanggungjawab dalam mengenal pasti serta menggalakkan keperluan dan keutamaan penyelidikan, menjalankan penyelidikan serta kajian dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia termasuk kajian perubatan dan bio-perubatan;

  • Menyediakan perkhidmatan berdasarkan keperluan semasa yang mungkin perlu disebabkan perubahan yang memberi kesan terhadap kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia;

  • Membangun dan mengekalkan sistem pemantauan dan penilaian program secara berterusan yang boleh dinilai keberkesanannya dari semasa ke semasa ke arah pencapaian objektif nasional;  dan

  • Melaksanakan lain-lain program sampingan dan bersesuaian yang berupaya untuk meningkatkan prestasi fungsi LPPKN secara efektif.