Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


Eko Family 2017

Kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar pada ketika ini dilihat masih rendah di mana hasil kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK-2) 2016 menunjukkan skor domain Perumahan dan Persekitaran berada pada kedudukan sederhana iaitu 6.24 daripada skor maksimum 10. Skor domain Perumahan dan Persekitaran adalah terendah berbanding lapan domain yang lain. Menyedari akan hal ini, LPPKN telah melaksanakan program EkoFamili di 14 komuniti terpilih di bawah program FACE di seluruh negara untuk membudayakan amalan penjagaan alam sekitar dalam kalangan keluarga dan komuniti. Ia bertujuan meningkatkan skor domain perumahan dan persekitaran dan sekali gus membantu negara mencapai Teras Strategi 4 iaitu menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkat kemampanan dan daya tahan seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.

Berikut ialah penemuan tinjauan pendapat berkaitan penjagaan alam sekitar & amalan 3R dalam kalangan ahli komuniti FACE di 14 komuniti terpilih. Tinjauan pendapat ini diadakan bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai pengetahuan, sikap dan amalan ahli komuniti FACE mengenai penjagaan alam sekitar dan amalan 3R (Reduce, Reuse and Recycle) di kawasan perumahan. Tinjauan ini melibatkan seramai 1,948 orang responden yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke atas yang telah menyertai program ini.

Jadual Eko Family 2017

WhatsApp Image 2017 12 14 at 5.33.43 PM

Johor

Johor

Kedah

Kedah

Kelantan

Kelantan

Melaka

Melaka

Negeri Sembilan

N9

Pahang

Pahang

Pulau Pinang

Penang

Perak

PERAK

Perlis

Perlis

Sabah

Sabah

Sarawak

Sarawak

Selangor

Selangor

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

WPKL