Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :
BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 1 MALAYSIA


POLISI PERANCANG KELUARGA KEBANGSAAN

PENGENALAN

Polisi berikut telah dibentuk sebagai panduan bagi perlaksanaan dan penyelarasan program Perancang Keluarga Kebangsaan yang berkenaan.

  • Perkhidmatan Perancang Keluarga dikendalikan melalui pendekatan multi sektoral di antara agensi-agensi pelaksana di mana LPPKN bertindak sebagai penyelaras.

  • Penyampaian perkhidmatan Perancang Keluarga adalah berdasarkan kepada aspek kesihatan dan kesihatan keluarga dan amalannya adalah secara sekarela.

  • Perkhidmatan kontraseptif akan disediakan melalui cafeteria system dan disampaikan oleh anggota perubatan, para perubatan dan anggota sokongan yang dilatih khas dengan penekanan ke atas perkhidmatan perubatan sokongan dan rawatan susulan.

  • Penyediaan perkhidmatan kepakaran dan kaunseling khusus (genetik kaunseling, rawatan infertiliti) bagi mempertingkatkan kualiti Perkhidmatan Perancang Keluarga di negara ini.

  • Pendidikan Perancang Keluarga/Kependudukan diintegrasikan dalam sistem pendidikan formal dan non-formal.

  • Penyediaan perkhidmatan Perancang Keluarga dalam Program Pembangunan Sosial adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada peningkatan kehidupan keluarga serta taraf sosio-ekonomi wanita. Peningkatan taraf pendidikan dan peluang pekerjaan untuk wanita secara tidak langsung dapat menurunkan kadar fertiliti.

  • Untuk menyediakan program dan aktiviti sokongan bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Ianya merangkumi aspek-aspek kesihatan, kesejahteraan dan aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan dan meningkatkan status wanita.

  • Mengalakkan kajian-kajian medikal, biologikal, sosio-ekonomi dan budaya yang berhubungkait dengan corak materniti dan fertiliti ke atas pertumbuhan penduduk dan kesan terhadap pembangunan sosio-ekonomi keseluruhannya.