Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :


MODUL PEMBANGUNAN KELUARGA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

PENGENALAN

LPPKN telah mengambil inisiatif baru dengan menjadikan pelajar IPT sebagai kumpulan sasaran. Melalui kerjasama dengan pihak IPT, modul-modul LPPKN dapat dijadikan sebagai bahan pembelajaran dan panduan kepada pelajar-pelajar. Inisiatif baru ini amat bertepatan dengan matlamat dan hasrat LPPKN ke arah menwujudkan masyarakat yang sihat, berdaya tahan (resilien), berakhlak, bertanggungjawab serta berupaya menghadapi cabaran perubahan dalam kehidupan masa kini.

Program kerjasama ini juga akan dapat menyebar luaskan program LPPKN di peringkat akar umbi serta menwujudkan satu kumpulan jurulatih yang dilatih dalam modul LPPKN.

Modul ini adalah gabungan modul-modul sedia ada LPPKN yang meliputi Modul Permata Kasih, Eksplorasi Remaja, SMARTbelanja, SMARTSTART, Bahtera Kasih, Belaian Kasih, Mutiara Kasih dan Pop Komuniti.

Kursus Pembangunan Keluarga ini akan menjadi kursus kokurikulum berkredit yang ditawarkan melalui program kursus kokurikulum IPT.

PEMBELAJARAN


Semester 1 : Remaja

  • Permata Kasih
  • Eksplorasi Remaja

Semester 2 : Pengurusan Kewangan dan Perkahwinan

  • SMARTbelanja
  • SMARTSTART, Bahtera Kasih

Semester 3 : Keibubapaan

  • Belaian Kasih (Keibubapaan Anak Kecil)
  • Mutiara Kasih (Keibubapaan Anak Remaja)

Semester 4 : Komuniti

  • Pop Komuniti
  • Kegiatan Luar Kampus (KLK)

OUTCOME

  • Melahirkan siswazah yang mempunyai kemahiran kekeluargaan, keremajaan, pengurusan kewangan keluarga dan kendiri;
  • Melahirkan siswazah yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara terutamanya berkaitan aspek penerapan nilai kekeluargaan dan  membendung gejala sosial; dan
  • Menyebarkan pengetahuan dan pendidikan serta menggalakkan tingkah laku positif dalam Bidang Kependudukan, Pembangunan Keluarga dan Reproduksi Manusia.