Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2



Laman Web Rasmi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara - Melaka

BENGKEL LATIHAN ASAS KAPASITI PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN (MAMACARE) MELAKA

MELAKA, 14 Julai 2017 - LPPKN Negeri Melaka telah menganjurkan satu program Bengkel Latihan Asas Kapasiti Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (MamaCare) pada 11 hingga 14 Julai bertempat di Hotel Kobemas, Ayer Keroh. Program ini merupakan satu inisiatif 1Malaysia Women Iniatitive and Self Empowerment (1MWISE) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ke - 7.

Program ini juga bertujuan untuk membantu wanita, ibu tunggal dan warga emas dalam kalangan Low Income Households menambah pendapatan keluarga melalui latihan yang telah disampaikan melalui mereka yang pakar dalam bidang berkenaan. Seramai 20 orang peserta telah hadir dengan jayanya pada hari tersebut.

Majlis penutup telah dirasmikan sendiri oleh YB Datuk Latipah Omar, Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka. Turut hadir bersama adalah Pengarah LPPKN Negeri Melaka, Encik Muhamad Noh Abdullah.

BENGKEL PENGURUSAN KOMUNITI FASILITATOR KELUARGA FACE ZON SELATAN 2019

AYER KEROH, 29 April 2019 - LPPKN Negeri Melaka dengan kerjasama LPPKN dari Negeri Sembilan serta Johor telah bersama-sama menjayakan satu Program khusus buat Fasilitator Keluarga yang telah di lantik bagi mewakili kawasan mereka. Fasilitator yang hadir dari Melaka termasuk Negeri Sembilan dan juga Johor adalah seramai 37 orang. Bengkel ini telah dirasmikan oleh En Adzhar bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan LPPKN. Turut hadir Pengarah LPPKN Negeri Melaka, Encik Nor Azman Mohd Noor serta Pengarah daripada LPPKN Negeri Sembilan, Puan Bibi Azlilee Abdullah.

Para peserta bergambar bersama fasilitator dan juga urusetia yang terlibat di dalam Bengkel Pengurusan Komuniti Fasilitator Keluarga Program FACE 2019 peringkat Zon Selatan.

Mereka ini dilatih tentang bagaimana untuk mengenalpasti potensi yang ada di kampung mereka untuk dibangunkan. Melalui bantuan daripada pelbagai agensi dan jabatan berkaitan, setiap kampung yang berpotensi akan dapat dibangunkan dan setiap masalah yang dikenalpasti akan dapat di atasi dan isu-isu berbangkit juga akan diselesaikan dengan berkesan. Pihak LPPKN berharap dengan adanya bengkel-bengkel seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara LPPKN dan masyarakat komuniti setempat serta memperkenalkan lagi LPPKN di mata rakyat.

IBU PERKUKUH IKATAN KEKELUARGAAN - SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT NEGERI MELAKA 2018

MHI Hari Ibu 2018 (Keratan akhbar daripada MELAKA HARI INI)

Melaka, 20 Mei 2018 - Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka 2018 yang diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) disambut dengan meriah. Pelbagai wakil dari agensi dan jabatan kerajaan serta NGO hadir bagi menzahirkan sokongan mereka untuk meraikan kaum ibu yang dianggap dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Selain itu, jasa dan pengorbanan ibu yang tidak terhingga dalam membesarkan anak-anak adalah antara sumbangan yang patut kita raikan bersama bukan sahaja pada Hari Ibu malah setiap hari, demikian kata Penasihat PUSPANITA Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Puan Fadzilah Salim.

Majlis diraikan dengan pemotongan kek istimewa sempena Hari Ibu dan juga pelancaran directori pengamal Mamacare bagi Negeri Melaka. Turut serta dalam majlis ini juga wakil-wakil daripada pihak NGO Pertubuhan Orang Pekak Negeri Melaka dan juga wakil daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Tema Sambutan Hari Ibu pada tahun ini adalah "Ibu Anugerah Terindah".

Sumber: Unit Penerangan dan Pendidikan, LPPKN Negeri Melaka.

Sumber Akhbar: Melaka Hari Ini

LPPKN MELAKA ANJUR KURSUS KEIBUBAPAAN DATUK NENEK

GRAND PARENTING

Melaka, 16 Oktober - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka menganjurkan Kursus Keibubapaan Datuk Nenek (Grand Parenting) bersama peserta dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Melaka. Seramai lebih kurang 30 orang peserta telah hadir dan kebanyakkan dari mereka adalah dikalangan ibu tunggal.

44126955 1202516833221226 7130512036328374272 n

44110899 1202516743221235 9077773431499390976 n

Modul Keibubapaan Datuk Nenek adalah modul baharu yang dibangunkan oleh pihak LPPKN untuk mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas dan ini adalah program pertama yang dijalankan oleh LPPKN Melaka bagi tahun 2018.

LPPKN MELAKA ANJUR KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA

MELAKA, 29 April 2019 - LPPKN Negeri Melaka telah menganjurkan Kursus Kewangan Keluarga (SMARTBelanja@LPPKN) bertajuk "Awas Scammer!" bertempat di Bilik Seminar Pejabat LPPKN Negeri Melaka. Kursus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para peserta dari agensi kerajaan dan juga swasta.

Kursus ini dapat membantu para peserta tentang bagaimana merancang kewangan dengan bijak. Pelbagai maklumat dan info tambahan diberikan kepada peserta khususnya berkenaan bagaimana mengenalpasti ancaman scammer dan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang kini dilihat banyak berlaku khususnya melibatkan transaksi matawang online.

LPPKN Negeri Melaka juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Bank Persatuan Cawangan Ayer Keroh kerana telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.