Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



Bengkel Pembangunan WIM Diploma Penjagaan Ibu Selepas Bersalin MAMACARE (DKM 4) Siri 1

IMG 20170217 WA0007
WIM adalah dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pengajar dan pelatih bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Dokumen WIM dikelaskan kepada dua (2) kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran terdiri daripada pelan mengajar teori dan pelan mengajar amali. Bahan Pembelajaran pula terdiri daripada kertas penerangan, kertas tugasan dan kertas kerja. Dokumen WIM perlu disediakan sebelum penubuhan Pusat Bertauliah.


Hasil daripada bengkel selama 5 hari di Hotel Flaminggo, Ampang sebanyak 6 bahan pengajaran bertulis telah dihasilkan daripada 6 Kurikulum Unit Kompetensi berbeza. Setiap bahan pengajaran mengandungi pelan mengajar teori dan amali, kertas penerangan, kertas tugasan dan kertas kerja.


Agensi yang terlibat terdiri daripada wakil dari Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, wakil Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, wakil Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), wakil Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), wakil Gabungan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu (GAPERA), wakil Pengamal MamaCare dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).