Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



Kursus SmartBelanja@LPPKN (Hospital KPJ, Bukit Mertajam)

LPPKN melihat pengurusan kewangan keluarga merupakan satu kemahiran yang penting supaya keluarga boleh berbelanja mengikut kemampuan dan mencapai matlamat kewangan yang ingin dicapai di samping dapat mengekalkan kesejahteraan keluarga. Susulan itu, LPPKN Pulau Pinang dengan kerjasama KPJ Penang Specialist, Bukit Mertajam telah mengadakan program SmartBelanja@KPJ siri 2 pada 14 Mac 2017 (Selasa) kepada kakitangan KPJ Penang Specialist. Seramai 30 orang peserta telah terlibat untuk siri ke 2 pada kali ini. Diharapkan dengan program ini akan memberi kesedaran kepada para peserta mengenai peranan dan tanggungjawab setiap anggota terhadap kewangan keluarga serta pengetahuan mengenai kepentingan merancang dan mempraktikkan pengurusan kewangan yang baik.

webpenang1