Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



Program Kesejahteraan

Pada 27/02/2017 (Isnin), LPPKN Selangor telah dijemput bagi menjayakan program anjuran LHDN cawangan Damansara sempena minggu kesejahteraan bagi warga anggota mereka. Sehubungan dengan itu antara aktiviti yang dilaksanakan sebagai pengisian utama ialah pemeriksaan saringan kesejahteraan kesihatan seperti pemeriksaan glukos dan kolestrol oleh LPPKN Selangor. Seramai 80 orang anggota LHDN cawangan Damansara telah menjalani pemeriksaan kesihatan berkenaan.Suatu sambutan yang amat menggalakkan. Adalah diharapkan kerjasama di antara LPPKN Selangor dan LHDN akan diteruskan pada masa akan datang bagi meluaskan lagi perkhidmatan LPPKN selangor di seluruh agensi.

image1

Oleh:- LPPKN Negeri Selangor