Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



Terapi Kesunyian@LPPKN Perlis

KANGAR, 21 FEBRUARI 2017 - Peningkatan jangka hayat rakyat di Malaysia telah menyumbang kepada kekosongan masa yang panjang dimiliki oleh warga emas bermula selepas persaraan dari dunia kerjaya. Warga emas di Malaysia telah dikesan menghadapi sindrom kesunyian lantaran penghijrahan anak-anak,  ahli keluarga atau kematian pasangan. Terdapat warga emas yang telah mengalami kemurungan dan gagal mengurus jadual kehidupan mereka dengan aktiviti yang produktif dalam tempoh masa ini.

LPPKN telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program Terapi Kesunyian bagi membantu warga emas merancang jadual kehidupan harian mereka dengan aktiviti- aktiviti santai yang memberi manfaat dari sudut perkembangan fizikal, mental, pengurusan  kesihatan dan aktiviti penjanaan pendapatan sampingan  mereka sendiri. Melalui pengisian aktiviti yang bersesuaian ini, diharapkan kekosongan masa yang panjang dapatlah diisi dengan aktiviti yang bermanfaat lagi memberi kesan baik kepada mereka.

Program Terapi Kesunyian edisi pertama di Negeri Perlis ini telah disertai oleh 28 peserta yang berumur diantara 50 hingga 60 tahun bertempat di Bangunan Persekutuan Kangar. Program sehari ini bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.

 

IMG 20170222 WA0005

 

Oleh : LPPKN Perlis