Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



MALAYSIA TERIMA PENGIKTIRAFAN NGO ANTARABANGSA DI NEW YORK BAGI PERLAKSANAAN DASAR KELUARGA NEGARA

Picture1

 

Kuala Lumpur, 8 Feb. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menerima anugerah bagi kategori organisasi keluarga 2017 dari Persekutuan Pembangunan Keluarga Antarabangsa atau International Federation For Family Development (IFFD) iaitu sebuah NGO antarabangsa berstatus perundingan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas inisiatif membangunkan Dasar Keluarga Negara melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Malaysia adalah antara Negara yang mempunyai dasar explisit berkaitakeluarga yang mengutamakan perspektif keluarga dalam perancangan pembangunan Negara. Dasar Keluarga Negara yang dilancarkan pada tahun 2011 oleh Kerajaan telah menghasilkan pelan tindakan seterusnya mengadakan inisiatif seperti sambutan November sebagai Bulan Keluarga Kebangsaan, pemberian insentif cukai kepada perlaksanaan program aturan kerja anjal (Flexible Working Arrangment) serta Hari Keluarga di sektor korporat. Pembangunan kajian indikator kesejahteraan keluarga Malaysia bagi mengukur kesejahteraan keluarga, pemberian geran dan insentif cukai kepada pengendali pusat jagaan kanak-kanak, subsidi kos yuran pusat jagaan kanak-kanak, serta advokasi bagi majikan mengadakan cuti menjaga anak kepada pekerja berasaskan perlaksanaan di sektor awam juga diperkenalkan.

Majlis penerimaan anugerah telah dihadiri oleh Dato Mariam Mas Yaacob, Pengerusi LPPKN dan diiringi oleh Dato’ Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN di Ibu pejabat PBB di New York bersempena Persidangan Pembangunan Sosial ke -55. Sebelum ituSiti Norlasiah turut berkongsi pengalaman perlaksanaan Dasar Keluarga Negara pada salah satu sesi High Level Side Event di sana.

 Menurut    Dato’    Mariam    Mas,    anugerah   keluarga    ini    merupakan pengikhtirafan kepada peranan dan kejayaan LPPKN dalam membina keluarga sejahtera.

 

Disediakan oleh: Unit Komunikasi Korporat