Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



PROGRAM PRA UJI MODUL PENDIDIKAN KESELAMATAN KELUARGA DAN ANAK (PEKA)

gambar

Kuala Lumpur, 7 Februari 2017 – Kes kecuaian dan pengabaian ibu bapa dan penjaga terhadap anak-anak semakin kerap berlaku dan agak membimbangkan, dikhuatiri jika tidak dibendung bilangan kes seumpama ini akan terus meningkat. Justeru, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) telah membangunkan Modul Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) bersama dengan pelbagai agensi dan NGO yang Berkaitan. Objektif modul ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, penjaga dan masyarakat mengenai isu keselamatan anak; untuk memberi pendidikan mengenai pencegahan kemalangan dan situasi berisiko yang boleh membahayakan anak; untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran menyelamat dan asas rawatan kecemasan dalam kalangan ibu bapa, penjaga dan masyarakat; dan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan ibu bapa, penjaga dan masyarakat mengenai kepentingan menjaga keselamatan keluarga di alam siber. Satu program Pra Uji Modul telah dilaksanakan oleh LPPKN bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bomba dan Suruhanjaya Komunuikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Dewan Besar LPPKN,  tingkat 22. Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada ibubapa Taska Timang  LPPKN telah mengikuti program pra uji PEKA ini.

Oleh: Sektor Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga