Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



PERHIMPUNAN BULANAN AWAL TAHUN 2017 ANJURAN SEKTOR PERANCANGAN KORPORAT

Picture3

 

KUALA LUMPUR, 16 JANUARI : "Hala tuju LPPKN perlu dimurnikan dan diperincikan supaya jelas dan paling penting mampu difahami dan diterjemah dalam bentuk aktiviti yang mendokong visi kita untuk menjadi Centre of Excellence (COE). Untuk menjadi CEO yang berjaya, kita perlu fokus dan tidak boleh laksanakan semua perkara seperti sekarang.  Dalam tempoh lima tahun akan datang,  saya yakin LPPKN akan menjadi lebih cekap dan efektif apabila kita mampu untuk fokus niche area dan menonjolkan peranan kita mensejahterakan keluarga dan masyarakat melalui inisiatif yang inovatif berkaitan keluarga", kata Dato' Mariam Mas Yaacob, Pengerusi LPPKN dalam amanat sempena Perhimpunan Awal tahun 2017. Lebih  300 orang warga LPPKN ibupejabat telah menghadiri perhimpunan yang dihoskan oleh Sektor Perancangan Korporat dan majlis diserikan dengan acara memotong kek bagi anggota yang lahir pada bulan Januari. Selain itu juga, Dato' Mariam Mas Yaacob turut menyampaikan anugerah pekerja contoh dan Pengenalan Lantikan Baru dan Pegawai Kenaikan Pangkat.  Syabas diucapkan!.

 

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat