Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



PERJUMPAAN BERSAMA YB DATUK HAJAH AZIZAH DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD DUN, TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT

Picture2

 

KUALA LUMPUR, 16 JANUARI 2017 – Perjumpaan bersama YB. Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 21, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut. Perjumpaan bertujuan untuk beramah mesra bersama-sama Pengarah Negeri LPPKN sempena Mesyuarat Pengarah Negeri LPPKN Bil.1/2017. Dalam perjumpaan tersebut, YB.Timbalan Menteri juga berkesempatan menyampaikan hasrat beliau kepada semua yang hadir supaya sentiasa menyokong program yang dilaksanakan terutamanya program-program yang melibatkan Kementerian. Seramai 27 orang pegawai terdiri daripada Pengarah Sektor, Pengarah Negeri, Ketua Unit dan pegawai-pegawai kanan LPPKN terlibat dalam perjumpaan ini.  

Oleh : Unit Komunikasi Korporat.