Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



LAWATAN BALAS DAN PERBINCANGAN KERTAS KERJA SEMINAR PEMANTAPAN BUDAYA KERJA MESRA KELUARGA.

 

 Picture10

 

SELANGOR, 5 JANUARI 2017 – Program Lawatan Balas Dan Perbincangan Kertas Kerja Seminar Pemantapan Budaya Kerja Mesra Keluarga telah diadakan di Pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia, Seri Kembangan. Kunjungan balas yang telah diketuai oleh Encik Hairil Fadzli Md. Akhir, Pengarah Sektor Perancangan Korporat dengan diiringi oleh pengarah dan pegawai kanan LPPKN, merupakan peluang kedua belah pihak saling berkongsi pengalaman dan pendapat dalam menyediakan panduan dan kertas kerja khasnya dalam pemohonan bantuan NGO. Rombongan telah disambut oleh YBhg. Dr. Sabariah Baharum, Setiausaha Wanita IKRAM Pusat yang turut mempengerusikan sesi perbincangan. Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara agensi dan NGO dan hasrat  memantapkan institusi keluarga dalam mengimbangi keluarga dan kerjaya dapat dicapai.

 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat.