Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



KEMPEN LOVE YOUR FAMILY! DRIVE SAFER. TEXT LATER DIDIK PEMANDU UTAMAKAN KELUARGA

KUALA LUMPUR, 31 OKT. – Kempen Love Your Family! Drive Safer. Text Later., dilaksanakan untuk mendidik pemandu mengutamakan keluarga dan tidak menggunakan gajet semasa memandu bagi mengelak berlakunya kemalangan seterusnya dapat menyelamatkan nyawa ahli keluarga serta pengguna jalan raya yang lain," kata Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN ketika melancarkan kempen tersebut, di sini.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyokong kempen berkenaan yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan Focus On The Family Malaysia sebagai salah satu aktiviti sepanjang bulan November yang juga merupakan Bulan Keluarga Kebangsaan.

Menurut beliau lagi, "Selain kesedaran mengenai keselamatan ketika memandu, peranan ketua keluarga iaitu ayah juga patut dititikberatkan. Proses pendidikan sikap dan amalan bermula dalam keluarga dan perlu dipupuk sejak kecil."

Pada majlis sama, Abdul Shukur disertai Lee Wee Min, Pengerusi Focus On The Family Malaysia, turut melancarkan video kempen serta pertandingan swafoto keluarga bersama pelekat kenderaan yang tertera perkataan Love Your Family! Drive Safer. Text Later. yang boleh disertai sepanjang November.

Majlis penyerahan sticker kempen oleh Encik Lee Wee Min kepada Encik Abdul Shukur Abdullah

Peserta program love your family drive safer

Disediakan oleh:

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara