Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



“2nd REGIONAL WORKSHOP FOR THE ESTABLISHMENT OF ASEAN-WIDE RESEARCH NETWORKING ON AGEING” 2 - 3 OKTOBER 2019 KUALA LUMPUR

asean 1

Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga (BPKK) dengan kerjasama Bahagian Perancangan Strategik dan MyAgeing, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya melaksanakan “2nd Regional Workshop for The Establishment of ASEAN-Wide Research Networking on Ageing” pada 2 hingga 3 Oktober 2019 bertempat di PNB Perdana Hotel & Suites on the Park, Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, Dr. Hishamuddin Mohd Hashim, bengkel ini merupakan kesinambungan dari mesyuarat regional dan bengkel pertama yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Mac 2019 bertempat di Hotel Le Meridien, Putarajaya.

Objektif utama projek adalah bagi mewujudkan satu rangkaian pakar yang komprehensif di peringkat ASEAN, mengenal pasti bidang penyelidikan keutamaan dalam bidang penuaan serta pembangunan satu kerangka dokumentasi yang seragam melibatkan protokol penyelidikan dalam bidang penuaan. Bengkel ini melibatkan penyertaan country director dan researcher dari setiap negara anggota ASEAN serta pakar penuaan dari Jepun, Professor Yasuhiko Saito dari Universiti Nihon, Jepun selaku penasihat utama projek.

Pada bengkel kali ini, setiap wakil negara telah membentangkan senarai institusi dan pusat kajian berkaitan penuaan, data-data hasil kajian atau banci mengenai penuaan serta isu, cabaran dan peluang dalam bidang penuaan di negeri masing-masing. Dalam memperkukuh komitmen semua negara anggota, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN, En Hairil Fadzli Md Akir mewakili Ketua Pengarah LPPKN selaku pengarah projek serantau (Regional Project Director) telah membentangkan Recommendations for an ASEAN Research Agenda on Ageing dan turut berkongsi hasil perbincangan para peserta ketika latihan dalam kumpulan (LDK) berkaitan Priority Research Area on Ageing.

Bengkel telah diakhiri dengan majlis penutup oleh Pengerusi LPPKN, Dato’ Dr. Narimah Awin. Dalam ucapannya, beliau berkata pelaksanaan projek ini adalah bertepatan dengan usaha Kerajaan dalam merancang persediaan negara menghadapi status Malaysia sebagai negara menua pada tahun 2030. Rangkaian pakar serta protokol penyelidikan yang akan dibangunkan menerusi projek ini bukan sahaja dapat memperkukuh komitmen serta meningkatkan impak penglibatan Malaysia di peringkat serantau dalam bidang penuaan malah berupaya menambah nilai terhadap dasar serta inisiatif sedia ada dalam bidang penuaan.

 

asean 2

asean 3

asean 4