Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



Program Dekad Membaca Kebangsaan, LPPKN Negeri Sarawak

23 April 2019 - Bagi menyemarak Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2019 yang merupakan salah satu agenda kebangsaan melalui Program Dekad Membaca Kebangsaan, LPPKN Negeri Sarawak turut menyokong usaha tersebut dengan mengadakan aktiviti membaca di tempat kerja secara serentak di seluruh Malaysia. 

Semua warga kerja LPPKN Negeri Sarawak iaitu terdiri daripada Warga Pejabat Negeri, Warga KNS LPPKN Kuching, Warga KNS LPPKN Sibu, Warga KNS LPPKN Miri dan kafeTEEN Sri Aman mengambil peluang mengikuti Slot Jom Baca Bersama 10 Minit bermula jam.11.00 pagi sehingga 11.10 pagi.

23042019 1

Seluruh warga kerja Pejabat Negeri semasa Slot Jom Baca Bersama 10 Minit bersempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2019.

 

23042019 2

Warga kerja KNS LPPKN Sibu turut sama menyertai Slot Jom Baca Bersama 10 Minit bersempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2019.

 

23042019 3

Warga kerja KNS LPPKN Miri turut sama menyokong Slot Jom Baca Bersama 10 Minit bersempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2019.

 

23042019 4

Warga kerja KNS LPPKN Kuching turut meluangkan masa dalam menyokong Slot Jom Baca Bersama 10 Minit bersempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2019.

 

23042019 5

Teen Educator LPPKN bersama Sahabat KafeTEEN Sri Aman turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam Slot Jom Baca Bersama 10 Minit bersempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2019.