Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



Minggu Sihat SMK Lutong Miri Sarawak

1. Program Minggu Sihat SMK Lutong (8.00 pagi - 1.00 petang)

2. Program Motivasi Remaja SMK Lutong; Celik Akal, Celik Budi (3.00 petang - 5.00 petang)

Tarikh: 28 Februari 2019 (Khamis)

Tempat : Dewan Harmoni, SMK Lutong, Miri

LPPKN Negeri Sarawak, 28 Februari 2019, Miri: Sempena Program Minggu Sihat SMK Lutong, Klinik NUR Sejahtera LPPKN Miri telah dijemput bagi mengadakan perkhidmatan semasa pelaksanaan program tersebut yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Semasa pelaksanaan program tersebut, Klinik NUR Sejahtera LPPKN Miri telah mengadakan perkhidmatan saringan kesihatan pakej 1, pendaftaran HPV DNA, program suntikan vaksinasi HPV Percuma dan Berbayar, Promosi Perkhidmatan Perancang Keluarga dan Pameran Perkhidmatan LPPKN. Program Motivasi Remaja SMK Lutong; Celik Akal, Celik Budi turut diadakan oleh SMK Lutong melibatkan para pelajar sekolah yang telah dikendalikan oleh Kakitangan LPPKN Negeri Sarawak, sesi telah berlangsung bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.
#KitaKanKeluarga

#BahagianKesejahteraanKeluarga 

28.2.2019