Seminar Sehari Ilmu Keluarga@LPPKN; KitaKanKeluarga
Tarikh: 24 Januari 2019 (Khamis)
Tempat : Pusat Komuniti IKRAM Daerah Miri
LPPKN Negeri Sarawak, 24 Januari 2019, Miri: Seminar Sehari Ilmu Keluarga@LPPKN:KitaKanKeluarga siri 1/2019 telah diadakan pada 24 Januari 2019 bertempat di Pusat Komuniti IKRAM Daerah Miri. Antara topik yang disampaikan ialah Kanser Serviks: Silent Killer, Kain Pelikat Kain Batik dan SMARTPhone SMARTParenting. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Mastikah Abu Bakar, Ketua Klinik, Klinik NUR Sejahtera LPPKN Miri dan Encik Fairul Desa, Penolong Pengarah Kanan LPPKN Negeri Sarawak. Pameran perkhidmatan LPPKN dan saringan kesihatan oleh Klinik NUR Sejahtera turut disediakan.
#KitaKanKeluarga