Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



SESI 30 MINIT BERSAMA KP

WhatsApp Image 2018 10 11 at 2.43.15 PM

Satu sesi 30 Minit bersama Ketua Pengarah telah diadakan pagi tadi bertempat di Audiorium Tingkat 13, Bangunan LPPKN yang dianjurkan oleh Sektor Penyelididkan Kependudukan dan Keluarga. Di antara intipati ucapan KP tadi menyentuh tentang perlunya mengekalkan hubungan baik menerusi penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kepada semua sektor, meneruskan kolaborasi antarabangsa atas pencapaian yang memberangsangkan oleh LPPKN, bengkel mengenai pelan strategik LPPKN untuk baki perancangan sehingga tahun 2020 yang menggariskan 6 teras utama iaitu: memperkukuhkan peranan LPPKN dalam usaha menasihati kerajaan, mempertingkatkan kajian dan penyelididkan, memperkasakan Dasar Keluarga Negara (DKN), meningkatkan aksesibiliti terhadap perkhidmatan keluarga, meningkatkan kesejahteraan keluarga menerusi perluasan jaringan kolaborasi dan memantapkan pembangunan dan perkhidmatan yang kreatif dan bersifat inovatif. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pihak SPKK diatas kejayaan merangkul Piala Ketua Pengarah dalm pertandingan futsal baru-baru ini di UTC Sentul. Majlis ini juga turut mengadakan sesi free market kepada anggota Gred 16 dan ke bawah bagi menampung barangan keperluan harian mereka.