Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018 DI DEWAN 2020, KANGAR, PERLIS INDERA KAYANGAN

SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2018

DI DEWAN 2020, KANGAR,

PERLIS INDERA KAYANGAN

Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu dan Bapa peringkat Kebangsaan bertemakan Ibu dan Bapa Anugerah Terindah, selesai diadakan pada 26 Jun 2018 bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis.  Majlis disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

Bagi tahun 2018, Sambutan Hari Ibu dan Bapa memberi penumpuan kepada penerapan nilai-nilai kasih sayang serta menghargai sumbangan ibu dan bapa di samping penjagaan kesihatan dalaman dan luaran mereka.

Oleh itu, LPPKN sebagai agensi di bawah KPWKM yang mengutamakan keluarga melalui program-program pendidikan kekeluargaan mengambil inisiatif supaya pengisian Sambutan Hari Ibu dan Bapa ini dapat mendidik pelbagai lapisan masyarakat dalam memberi tumpuan kepada  kesejahteraan keluarga yang bermula daripada ikatan kasih sayang yang erat dengan menghargai setiap sumbangan dan pengorbanan ibu dan bapa masing-masing.

Justeru itu, objektif sambutan ialah memberi penghargaan buat insan bergelar IBU dan BAPA, mendidik keluarga dan masyarakat menghargai pengorbanan ibu dan bapa serta mengukuhkan ikatan kekeluargaan melalui aktiviti interaktif bersama keluarga.

Selain penyampaian Anugerah Ibu Gemilang kepada enam (6) penerima dan Bapa Inspirasi kepada tiga (3) bapa, acara lain yang berlangsung adalah aktiviti kreatif dan inovatif iaitu mengetengahkan usaha murni mengumpul hasil karya lukisan iaitu Therapeutic Expressive Arts Inspiration For Mom dan Dad melibatkan seramai 1,500 peserta untuk dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records sebagai The Biggest Paintings Assembled in a Single Event.

Saiz lukisan 15 X 10 meter adalah simbolik kepada pengzahiran aspirasi, penghargaan, luahan kasih sayang dan kekaguman kepada seorang ibu dan bapa.  ‘Expressive’ Art Therapy adalah medium komunikasi untuk meluahkan perasaan dalaman secara lebih kreatif, inovatif dan tepat apabila sesuatu perasaan sukar digambarkan melalui kata-kata.

Pada majlis ini juga, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa hanya satu hari sahaja yang akan disambut sebagai Hari Ibu Bapa dan tidak lagi diasingkan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Acara yang berlangsung berkonsepkan jamuan teh, mendapat sambutan lebih 1,500 orang kalangan ibu dan bapa sekitar Perlis dan negeri-negeri terdekat.  Pameran interaktif, jualan makanan, produk usahawan setempat dan urutan Mamacare serta PapaCare turut memeriahkan majlis sambutan.

4HIB2018  1HIB2018  3HIB2018 
 2HIB2018  6HIB2018  7HIB2018
 14HIB2018  9HIB2018  12HIB2018