Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



IBU PERKUKUH IKATAN KEKELUARGAAN - SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT NEGERI MELAKA 2018

MHI Hari Ibu 2018 (Keratan akhbar daripada MELAKA HARI INI)

Melaka, 20 Mei 2018 - Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Melaka 2018 yang diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) disambut dengan meriah. Pelbagai wakil dari agensi dan jabatan kerajaan serta NGO hadir bagi menzahirkan sokongan mereka untuk meraikan kaum ibu yang dianggap dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Selain itu, jasa dan pengorbanan ibu yang tidak terhingga dalam membesarkan anak-anak adalah antara sumbangan yang patut kita raikan bersama bukan sahaja pada Hari Ibu malah setiap hari, demikian kata Penasihat PUSPANITA Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Puan Fadzilah Salim.

Majlis diraikan dengan pemotongan kek istimewa sempena Hari Ibu dan juga pelancaran directori pengamal Mamacare bagi Negeri Melaka. Turut serta dalam majlis ini juga wakil-wakil daripada pihak NGO Pertubuhan Orang Pekak Negeri Melaka dan juga wakil daripada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Tema Sambutan Hari Ibu pada tahun ini adalah "Ibu Anugerah Terindah".

Sumber: Unit Penerangan dan Pendidikan, LPPKN Negeri Melaka.

Sumber Akhbar: Melaka Hari Ini

Tags: lppkn melaka,, Melaka, Hari Ibu, 2018