Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT NEGERI SELANGOR.

Shah Alam, 15 Mei 2018: Sambutan Hari ibu peringkat Negeri Selangor telah diadakan dengan tema “Ibu Anugerah Terindah” . Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Terapi Kecergasan, Pertandingan mewarna oleh kanak kanak TADIKA KEMAS. Turut diadakan talk show yang bertajuk Super Mom oleh  penyanyi & usahawan Pn Azaharina Azhar bersama Ustaz Syazwan Jaafar. Mamacare Negeri Selangor juga turut mengadakan slot Terapi D’Stress Dan Penjagaan Tubuh dari aspek Tradisional. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Peduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Professor Norma Bt Mohd Dali dan turut disertai oleh Pengarah LPPKN Negeri Selangor Pn Suriani Binti Buang dan agensi-agensi dan NGO seperti KEMAS, PACU, Karangkraf ,  Jabatan Kebajikan Masyarakat Dan Jabatan Pembangunan Wanita.

Sumber:- Unit Pembangunan Keluarga, LPPKN Selangor.