Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



MOBILE CTC TUALANG SEKAH MOF BERSAMA RAKYAT

KAMPAR, 18 April 2018 -- YBhg. Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah menyempurnakan Program MOF Bersama Rakyat yang berlangsung di Arena Rakyat Tualang Sekah, Malim Nawar, Kampar Perak. Program anjuran Kementerian Kewangan itu turut melibatkan Kumpulan Wang Awam Diperbadankan (KWAP) dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebagai penganjur bersama. YB Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Kewangan II turut hadir dalam majlis tersebut. LPPKN negeri Perak turut dijemput bagi memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan kaunseling secara percuma.