Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



FIFTY-FIRST SESSION OF THE UNITED NATIONS COMMISION ON POPULATION AND DEVELOPMENT : SUSTAINABLE CITIES, HUMAN MOBILITY AND INTERNATIONAL MIGRATION, 9-13 APRIL 2018, NEW YORK.

UNCPD 1 UNCPD 4 UNCPD 3

New York, 18hb April 2018 - Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah LPPKN, En Abdul Shukur Abdullah telah selesai menghadiri Mesyuarat Sesi ke-51 Suruhanjaya Mengenai Populasi dan Kependudukan (CPD), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di New York pada 9-13 April 2018. Mesyuarat yang bertemakan "Sustainable Cities, Human Mobility and International Migration" bertujuan bagi melaporkan laporan pelaksanaan Pelan Tindakan Persidangan Antarabangsa dan pencapaian matlamat pembangunan negara kepada negara-negara anggota PBB. Sebanyak 64 negara anggota mengambil bahagian bagi membentangkan Kenyataan Negara masing-masing mengikut tema pada tahun ini.       

Kenyataan Negara telah dibacakan sendiri oleh En Abdul Shukur Abdullah pada hari ke-3 mesyuarat dengan memberi penekanan terhadap usaha-usaha Kerajaan dalam mendepani isu dan cabaran seterusnya mencapai pembangunan seimbang urbanisasi dan migrasi penduduk. Turut bersama dalam delegasi Malaysia ialah Pengarah Sektor Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga LPPKN, En Adzmel Mahmud dan wakil kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat, Pn Azizah Abdul Aziz.

UNCPD 6

Di majlis pencalonan Suruhanjaya Mengenai Status Wanita (CSW), delegasi Malaysia telah menerima kunjungan hormat Dato' Sri Shahrul Ikram, Duta dan Perwakilan Tetap, Misi Tetap Malaysia di Amerika Syarikat. Majlis ini diadakan bersempena dengan hasrat Malaysia untuk menyambung keahlian dalam Suruhanjaya Mengenai Populasi dan Kependudukan dan CSW bagi tempoh 2019-2023.

Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat kali ini juga telah membuka peluang kerjasama antarabangsa apabila delegasi Malaysia sempat mengadakan perbincangan ringkas bersama agensi antarabangsa termasuk Bahagian Kependudukan, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan International Federation for Family Development (IFFD). Mesyuarat Sesi ke-51 ini tamat pada 13 April 2018.