Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



MINISTERIAL DIALOGUE TMW 2018 ASPIRASI WANITA DAN KELUARGA 2050

Ayer Keroh, 2 April 2018 - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) telah melaksanakan Ministerial Dialogue TMW 2018 : Aspirasi Wanita dan Keluarga peringkat Negeri Melaka. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), YB Dato’ Sri Rohani binti Haji Abdul Karim dan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ir. Ts. Haji Idris bin Hj. Haron merupakan panel bagi sesi dialog yang dihadiri lebih daripada 2000 orang peserta. Sesi dialog ini memberi peluang kepada semua peserta untuk berinteraksi bersama pemimpin bagi berkongsi pendapat serta aspirasi mereka kepada negara menjelang tahun 2050. Aspirasi, input, pandangan dan idea yang dizahirkan ini digunakan sebagai sebagai persediaan bagi menghasilkan satu dokumen akhir TN50.

4  2 
   

Disediakan : Sektor Perancangan Korporat