Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



Program Jelajah Felda Sungai Behrang

BEHRANG 25 Mac 2018 -Bertemakan Wanita Sejahtera Keluarga Bahagia, program kembara FELDA anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak dan LPPKN Negeri Perak di Felda Sungai Behrang telah diadakan di Lapangan Dewan Semai Bakti, Felda Sungai Behrang, Slim River bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang dan bakal dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim.

Para pengunjung khususnya lepasan Sijil pelajaran Malaysia dan graduan telah hadir bagi memeriahkan program ini dan mengambil peluang untuk mendaftar dengan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) untuk peluang pekerjaan.

Selain itu, para pengunjung turut berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti di tapak pameran oleh beberapa agensi seperti institusi kemahiran untuk lanjutan pengajian tinggi iaitu Mont Royale College-Technical & Vocational, Education and Trainng (Perak), Perak Human Capital Development Centre (PHDC) dan Kolej Teknologi Midas.

Program selama dua hari itu turut melibatkan program sukarelawan, keluarga angkat, ceramah keagamaan, klinik guaman, Hari Bertemu Pelanggan bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SME Corp dan Amanah Ikhtiar Malaysia serta KKM.