Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



PERASMIAN BUKU PANDUAN SMARTSTART EDISI BRAILLE

WhatsApp Image 2018 03 18 at 1.22.53 PM

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2018 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui LPPKN pada hari ini telah melancarkan Buku Panduan Pengantin Baru (SmartStart) edisi Braille yang dibangunkan khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan. Bertujuan sebagai bahan rujukan utama berkaitan ilmu perkahwinan dan pengukuhan institusi kekeluargaan, majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Suriani binti Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang turut dihadiri oleh Dato' S.Kulasegaran Sabaratnam, Timbalan Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan En. Hairil Fadzly Md Akir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN.

Menerusi buku panduan, pelbagai isu yang mengandungi aspek dalam ilmu perkahwinan seperti keserasian dalam perkahwinan, tugas dan tanggungjawab, hubungan kelamin, komunikasi keluarga, perancangan keluarga, kemahiran keibubapaan, kemahiran kebapaan, pengurusan masa, kewangan dan penyelesaian konflik dikongsikan dalam memperkasa golongan OKU.

Dato' Suriani berharap "Dengan terhasilnya Buku Panduan Pengantin Baru (SmartStart) edisi Braille ini, saya yakin ianya bakal memberi impak lebih positif kepada golongan OKU Penglihatan untuk melayari bahtera perkahwinan ke arah membentuk keluarga bahagia dan sakinah".

Sebanyak lima (5) badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) termasuk cawangan Kuala Lumpur/Selangor, Perak dan Johor serta Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menerima satu set buku panduan sebagai bahan rujukan di agensi masing-masing. Sehari sebelum telah diadakan satu seminar bersempena pelancaran buku ini, yang bertemakan “Persediaan Diri ke Arah Keluarga Cemerlang” di Hotel Tamu and Suites, Kuala Lumpur dengan penyertaan lebih 200 peserta OKU penglihatan.

WhatsApp Image 2018 03 18 at 1.23.17 PM  WhatsApp Image 2018 03 17 at 3.04.33 PM 

Disediakan oleh : SPKK LPPKN