Bahasa :
A- A A+
Saiz Font :

HM-BM-berita



Program Mobile Comunity Transformation Centre anjuran NSU MOF

Bagan Datuk, 27 Januari 2018 – LPPKN Perak telah dijemput untuk menyertai Program Mobile Comunity Transformation Centre  anjuran NSU MOF  sempena Program Hello Komoditi Bagan Datuk Perak  di Dewan Dato’ Mohamed  Jamrah Sg.Sumun Bagan Datuk. Program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan memberi perkhidmatan saringan kesihatan kepada penduduk luar bandar.  LPPKN Perak telah mengadakan Ujian Saringan kesihatan ,Pameran Pendidikan Keluarga  LPPKN serta Kembara Kaunseling semasa program berlangsung. Program WOW iaitu ujian saringan kanser serviks pap smear turut diadakan bagi memberikan perkhidmatan secara terus kepada wanita luar bandar menggunakan perkhidmatan Klinik Bergerak LPPKN.  Pada hari tersebut penduduk kampung dan kawasan sekitar telah mendapatkan perkhidmatan LPPKN Perak yang  disediakan.

bagan datoh